Friday, May 21, 2010

Hari-hari Yang Tenang

Minggu ini berlalu tanpa sebarang isu yang menggeramkan. Cuma ada beberapa perkara berlaku di asrama yang menimbulkan kemarahan sikit la ;) tak banyak. Kena bertegas sikit. Kalu tak dorang tu main2 je dengan aku. Rabu dan Khamis aku bertugas kat asrama. O0oo ada satu perkara yang buat aku bengang. Ada sorang guard kat sekolah aku tu memang kurang ajar mulut dia. Ramai orang bercakap2 tentang dia yang merupakan bekas pelajar sekolah. Dia maki aku tapi bukan berdepan. Puncanya aku parking kereta kt depan aspura yang merupakan laluan untuk lori sampah. "Cikgu ko ni bodoh ke apa. Belajar je tinggi. Pegi la cakap kt cikgu ko tuh". Tapi sebab minggu ni merupakan minggu yang tenang bagi aku, maka aku tak mengamuk macam orang gila. Kalu ikutkan amarah, memang teruk la mamat tuh. Harus kena buang kerja tuh. Dia ni memang kurang ajar giler. Dia ingat dia sape. Ikutkan hati aku memang akan kena maki tuh. Tapi takpe la. Biar apa orang nak buat pada kita. Biar apa orang nak kata tentang kita. Jangan mudah melenting. Lebih baik berdiam. Hari Khamis dan Jumaat merupakan hari mengantuk buat aku. Hari Khamis tu asik nak tido jew sampai terpaksa melelapkan mata kat kerusi jew huhuhu :) Semalam hari Khamis aku masuk relief kelas 5A1. Mula2 aku buat muka sombong sebab masih ada rasa bengang hal dinding tuh. Tapi lama2 sifat ramah aku pun mula keluar la. Dapat juga bersembang dengan beberapa budak perempuan yang selama ini menganggap aku sebagai cikgu yang garang. Aku dianggap garang sebab pernah marah dia hal nametag. Bagi aku, para pelajar ini tak dapat membezakan antara marah dan teguran daripada seorang guru. Tapi xperlah memang itu pelajar. Harapan aku selepas ini, ada gambaran yang lebih baik mengenai aku pada mereka. Jumaat berlalu dengan indah. Minggu ini minggu yang tenang buat walaupun ada masalah2 kecil di sekolah.
Kehidupan agak berubah sejak mak memulakan rawatan di hospital. Tiap-tiap pagi akan pergi beli sarapan untuk mak. Mak kena makan sarapan sebab mak kena makan ubat setiap pagi. Setiap hari jugak aku bergerak lambat dari rumah sekitar jam 7 pagi. Sejak kebelakangan ni tak pernah sempat untuk join rocall kat asrama. Setiap kali tido di asrama, dalam kul 5 pagi kena bergerak balik ke rumah. Macam nila rutin. Kemudian selang sehari kena bawak mak ke hospital untuk check blood pressure. Harap aku dapat melakukan tugas ini dengan baik sebagaimana mak melakukan perkara yang sama pada aku.

No comments:

Post a Comment