Sunday, September 27, 2009

Seminggu Beraya..

Assalamualaikum..
Lama dah xmenulis eh. Hari ni 8 Syawal. Hujung minggu raya dan aku dok kt umah jerk dengan mak. Esok dah mula keja. Adeh, berat sungguh selepas seminggu cuti beraya kan. Tambah pulak tensen dengan pengetua yang memaksa aku jadi warden. Siap mengugut lagi nak tukarkan aku ke sekolah lain. Nak citer tentang raya tahun nih. Ina mula bercuti hari Jumaat, 19hb. Mula amik Kak Sue kt Simpang Pulai, then lepak2 kt tempat niaga tuh. Dan hari ni jugak last, keta tersagat kt divider tuh. Hahaha..Then balik umah buka dengan mak. Tak sampai hati nk biarkan mak berbuka sorang2. Pas berbuka, gi Kuala kangsar, amik anak2 kak sue. Then langkah semakin panjang, g Taiping laks. Sajer nk jenguk2 Bazaar Raya kt sana. Adeh teruknya nak berjalan kt sana. Ramai no orang. Sudahnya memang cuci mata sahaja, xda beli apa2 pun. The next day, Saturday- orang2 dok panggil hari memasak- ina dan kak sue pergi market utk shopping barang2 nak memasak. Ina ditugaskan untuk beli santan. Adeh dah agak sebab memang tiap2 tahun macam ni- kena beratur-. Bayangkan betapa lamanya Ina beratur sebab Kak Sue boleh beli suma barang2 yang disenaraikan, sedangkan Ina hanya beli satu jerk iaitu santan 6kg. Hari ni jugak umah dah penuh. Yong dan Mamat dah balik. Seronok jugak meriah tapi riuh sebab banyak mulut yang bersuara. Mak mula masak ketupat palas dan gulai daging. Hari ni jugak jadi driver Kak Sue. Dia da urusan. Then malam turn Kak Sue untuk masak rendang ayam dan kuah laksa. Pastu kami kuaq p buat kuih raya guna magik hujung jari. 22hb @ Sunday, 1 Syawal. Solat raya dan kemudian rumah penuh dengan adik beradik; Abg dan keluarga, Abg Li dan keluarga, Yus dan keluarga.. Seronok betul raya tahun nih. Then p raya umah bos abg dan mentua dia. Then lepak kt umah jerk. Raya kedua, jd driver Kak Sue lagi. Xraya kemana tp dengan urusan dia la.

Tuesday, September 15, 2009

150909

Hmm hari ni ntah la..permulaan yang ok..tapi tadi tiba2 bos masuk ke "corner" aku nih.. nk jumpa org lain..tapi alang2 terjumpa aku.. disampaikan hajat di hati dia.. hahaha jgn salah faham.. nak xnk aku kena tima jugak tugas tuh. bos siap ugut tau kalu xnak tima dia nk transfer aku ke tempat lain yang lebih dekat dgn umah. kalu orang lain mungkin setuju sebab nak dekat dgn umah tapi aku tak. sebab aku baru je berada kt sekolah nih. jiwa aku baru nak bersatu dengan jiwa sekolah ni. rasa kekeluargaan tu sudah berada dalam diri aku. memang berat nk tinggalkan tempat nih kerana menolak tugas tuh. aku bukan sengaja nk menolak tugas tuh. tapi aku memikirkan keadaan mak di rumah. tiap kali melangkah keluar umah nk ke tempat kerja, berkali2 aku pesan dengan mak, kunci pintu. kalu bab masak, guna dapur gas tu, aku bertawakkal kepada Allah agar melindungi bonda tersayang. Hmm setiap yang berlaku dalam hidup kita ni, ada hikmahnya. Dengan menerima tugas ni, insyaAllah ada hikmah, ada kebaikan di sebaliknya.

Wednesday, September 9, 2009

090909

well..look at the number..nice huh ;p hari ni ina xpegi skool sebab kena pergi ke satu tempat yang agak penting aaa. bangun awal...bersiap juga awal. sebelum sahur dah siap pun. tunggu azan subuh dan bila selesai tanggungjawab yang pertama utk hari ni, yong hantar ke SK Tasek @ PKG. Mak pun ikut jugak :) Awal jugak smpai, kul 7 gitu. xtau nak buat apa..nak baca apa pun dah xtau. pusing2 jela kawasan sekolah tuh. Duduk2. Then tiba2 nampak kelibat sorang pmpuan pakai baju kurung wana hijau. Macam kenal wooo.. Sah memang kenal pun. Classmate masa kt UPSI, CT@fauziana. lega skit sebab ada orang yang dikenali. tapi bila dah jumpa geng, xda la membaca lagi. sembang jela. Then dalam 730 masuk la ke PKG tuh. Bagi fail sijil n dokumen2 yang patut. Uis xsangka ina akan jadi orang yang pertama plak. Tapi kali ni interview memang xrasa nervous langsung. Pelik jugak la. Mungkin sebab dah kali ke 3 kot. Dah ada pengalaman. Kali ke 3 untuk tujuan yang berbeza ya ;p Hmm masa melangkah masuk tu pun xingat nk baca apa2 ayat. Teruk2. Mula2 dah terduduk tapi tersedar diri pastu bangun semula la dan tunggu arahan. Introduction mula2 macam sejuk tapi ada suam2 kuku jugak la. Risau la bila ada perkataan "blacklist" tuh. Tapi rasanya xsalah kot apa yang ina buat. Perkembangan interview ok la. Macam2 perkara yang keluar tentang profesionalisme seorg guru, apa itu falsafah, yang mana menjadi pegangan, pentingkah perpaduan, masih ingat ke 9 cabaran wawasan 2020, gagasan 1 malaysia, kaedah pengajaran dan macam2 lagi. Sampai ina sendiri pun xingat. Ada la kantoi xbleh jawab kan. So blh mintak maaf jela. Memang xtau n xbaper nk fokus hal2 terkini sejak berada kt skolah nih. memang lama berada dalam bilik tuh. Tapi x rasa tertekan langsung. Dato' kata dia da pengalaman selama lebih 16thn dari guru sekolah rendah ke sekolah menengah sehingga dia menjadi timbalan. Dia blh tau keikhlasan . Hmm ntahlah tp ada la kata2 seperti "saya menghargai keikhlasan awak" dan "saya ,menghargai awak berterus terang". Ina ada la bertanya soalan kepada dato' sebab dia ada pengalaman. Penutup interview - hmm masa pun dah abis ni... Ok la.. "terima kasih dato'. saya mintak maaf sekiranya da tersalah cakap". Semua nampak mcam ok. Harap akan ok jugak la. Pas ina, kawan ina (CT) lak masuk jadi org ke2. Dia masuk sekejap jerk heheheh ;p dalam 830am kami pun beredar dari situ. ina g lepak umah ct kt taman perpaduan. Sembang2 smbil layan Tv. Dalam 1130 kuaq umah CT n CT anta ina p medan Kidd. Buat 2 pusingan sebab nk tunjuk jalan pulang kepada CT huhuhu maklumlah orang kedah merantau ke ipoh kerana tugas hehehe. Makasih kepada CT sebab sudi anta ek. Tunggu bas dalam kul1 lebih skit bas General pun ada. Malas nk naik bas Reliance tuh sebab bayar tmbg aircond tp apa pun tara..panas ada la. X berbaloi. Dalam bas tersengguk2. xtau la kenapa dalam bulan Ramadhan ni kerap betul tersengguk2. Naik keta dgn uthaya pun mcam tu jugak. Malu dibuatnya. sampai kt muhibbah, yong dah tunggu. Sampai umah, about 230 kot.. mandi n solat then online huhuhuhu layan la YM tu ngan FB ;p hehehe dan terhasilnya coretan ni jugak ;p
p/s: sambil layan lagu

Thursday, September 3, 2009

hi

Its been a while..dah lamer ek xmelawat site nih. huhuhu naper? sebab asik sgt dgn Fb dan Ym. Masa cuti seminggu hari tu memang cuti yang banar2 woo..Sebab xda pa yg aku buat msa cuti, melainkan chatting jer. Ish teruk betul. Bulan Ramadhan bulan yang mana hanya perkara2 tertentu akan terjadi. Contohnya solat terawih. Alhamdulillah aku ada buat dan tertinggal dalam 3 mlm kot setakat hari ni la. Selain daripada itu, hanya dalam bulan Ramadhan jer akan ada bazaar Ramadhan. Macam2 makanan dapat jumpa. Yang menariknya, kat bazaar Ramadhan ni jugak kita akan jumpa masyarakat lain yang bukan beragama Islam. Dorang pun kira menikmati bulan Ramadhan ni la. Dalam bulan Ramadhan ni jugak, banyak umah yang terang benderang seawal jam 4 pagi. Sebab untuk bersahur. Dalam bulan Ramadhan ni paling senang untuk umat Islam mencari pahala sunat. Huhu cakap pasal sahur ni, tingat pengalaman bersahur masa kt Sabah dulu. Ada sekumpulan penduduk akan mengetuk gendang dan menyanyi dengan tujuan nak bangunkan org supaya bersahur. Aku masa ni pergi kt umah kawan di Tawau. Thanks to Odie. Kalu x kerana dia, x merasa la aku pengalaman berpuasa dan beraya kt tempat org. Aku dapat pengalaman ni masa aku matrik kt KK dulu. Seronok juga beraya kt tempat orang. Dapat aku merasa masakan ayam lengkuas, payau (tahukah anda apakah ini?) dan buras (tau x). Memang seronok. Betul la kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman. Walaupun aku duduk kt Sabah tu hanya lah setahun tapi hari ni aku rasa aku berada di sana. Mula2 memang xdapat nk menyesuaikan diri, struggle jugak but then nak seribu daya kan xnk berdalih2. Akhirnya aku survived jugak. Hebat jugak la kalu speaking Sabahan ni. Siap org bleh percaya lak kalu aku kata aku ni orang sabah keturunan Dusun. Tiba2 abis lak idea.
Ha tau dah nk citer per...anak-anak murid zaman sekarang memang berbeza dengan yg dulu2 ek. Mereka xda rasa hormat dengan guru. Bila bercakap dengan meka, rasa mcm cakap dengan tunggul kayu. Xda respon. Kalu tanya soalan berkaitan, mungkin la diam sebab xtau jawapan yg betul. takut kena marah kalu jawab salah. tapi kalu cuma bertanya dan jawapan yang diperlukan hanyala ya atau tidak, xkan la tu pun xleh jawab kan. Hari ni memang geram betul. Ada sorang dak pmpuan, bercakap dengan umpama cakap dengan tunggul kayu. memang kurang ajar. tiada eye contact cuma sepi. bukan sekali dua dah banyak kali.
Hmm kalu ikutkan hati, memang akan abaikan pelajar yang macam ni. Tapi ni la tanggungjawab. Ntah la. Hanya mampu memberi apa yang terdaya. Kalu mereka xnk berubah, pa lagi daya aku.
Hmm, mggu depan nk interview. Untuk pengesahan jawatan guru. nak tukar gred DC ke DG. Naiklah skit gaji nnt. Tapi masalahnya aku memang xbersedia lagi. Borang belum disahkan lagi. Ulangkaji pun xbuat lagi. Risau betul. Tak nak kantoi. Sebab nanti lambat lak sah jawatan xsiok laaa masih memegang jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST). Nak gelaran Guru Penolong tu. huhuhu..selain daripada gaji tula. Bercakap tentang gaji, uuuinaa bulan ni sakit betul. Bayar mcam2 bil dan macam2 bayaran lain..Tinggallah ciput. Harap2 boleh bertahan sampai next gaji la. Ni baru hidup sorang. Belum ada tanggungjawab lain. Uih masalah jugak nak menguruskan kewangan nih.
Rasanya smpi sini dulu la. Ada kelapangan akan ku jenguk laman nih kerana aku berada di laman aku kerana aku boleh buat apa sahaja yang aku nak..huhuhu