Wednesday, June 22, 2011

Itu Kamu..

Ingin jumpa
Ingin senyum
Ingin marah
Ingin nangis
Ingin sembang
Ingin gelak
Ingin makan
Ingin minum
Ingin nyanyi
Ingin tengok
Ingin tegur
Ingin kongsi
Ingin luah
Ingin tahu
Ingin tanya

Semuanya dengan kamu.. itu lah kamu.. kamu ;)
Harap kamu pun begitu juga ;)

Tuesday, June 21, 2011

Jika Inilah...

Semalam dan hari ini perasaan itu begitu kuat sekali. Itulah tanda rindu. Bukan tiada khabar berita langsung, cuma jarang2. Masing-masing perlu fokus dan komited pada core business. Tak pernah rasa macam ni. Mungkin betul la apa yang dikatakan. Missing the messages, the calls, the voice, the stories, the laugh, the smile, the face ;) so many things to be missed. All about you. Takda sesiapa yang lebih mengetahui dan memahami perasaan ini melainkan ALLAH. Jika dia jodohku, kekalkan perasaan ini. Jika dia bukan jodohku, hilangkan perasaan ini.

Sunday, June 19, 2011

Coretan Petang

Hari ni kemas2 bilik sikit. Nak buang menda2 yang x patut simpan. Tapi bila dah selesai pun masih banyak menda yang tak dibuang. Haiyakk susah betul. Tapi memang menda ni x tengok pun dalam masa 6 bulan. Bukan kata 6 bulan 2 tahun tak tengok2 pun. Tapi rasa sayang sangat. Even kertas conteng yang tercatat mind map sebgi preparation untk exam masa study dlu pun xnk buang. Bila tengok menda tu, terasa ada "good quality" dalam diri yang serba kekurangan. Huhuhu tanda appreciation toward myself la ;) Well sebenarnya nak menulis sesuatu yang dicatat dalam antara buku2 nota tu. Sebab nk kena buang, so nk letak kt cinie la. Bila2 nnt boleh baca kan. Kalu x silap menda ni terbaca dalam satu majalah kolum Dr. Tuah kot. Begini coretannya......

Suka dan sayang 2 perkara yang berbeza. Kita boleh suka semua orang dan tidak boleh menyayangi semua orang. Kita boleh suka orang itu dan kita boleh benci orang itu sekelip mata tapi apabila kita sudah sayang orang itu amat payah untuk kita benci orang itu. Maka sebelum anda menyayangi seseorang, pastikan dia menepati semua ciri yang anda perlukan. Jika tidak ada cukuplah sekadar suka. Jika tersilap menyayangi insan yang salah, anda akan tanggung akibatnya. Anda ingin membencinya tapi kebencian tiada pada anda. Anda ingin pergi jauh darinya, tapi anda semakin dekat padanya. Begitulah tamparan sayang. Keadaan akan jadi lebih parah apabila sayang bertukar menjadi kasih dan lebih parah bila bertukar cinta. Orang yang tenggelam dalam lautan cinta tahu dia dalam kelemasan tapi dia sendiri tak mahu naik ke tebing biarpun seribu tangan dihulurkan sedia untuk menariknya naik. Sukailah semua orang tapi sayangilah hanya seorang. Sebab sayang yang satu itu akan beralih kepada kasih seterusnya cinta. Sayang tidak dapat dilihat dengan mata, ia hanya dapat dibuktikan. Maka ramai yang keliru sebaik sahaja dia mula berasa sayang. Ia satu getaran yang mengusik naluri. Usikan ini memintanya membuktikan sesuatu. Elakkan terlalu sayang sebab ia boleh bertukar kepada terlalu benci.