Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ini last day untuk aku bersenang lenang kt sekolah. Sebab lepas ni cikgu praktikal dah nak blah. So daripada 20 waktu akan kembali ke 25 waktu mengajar. Hari ini ada beberapa orang menegur aku nampak ceria dengan baju kurung pink tuh. Huhahaha mana tak ceria, dah berehat sehari. Ada dengar cerita jugak, sibuk beberapa orang bertanya semalam kenapa aku xda. Bagi aku tu bukan kerana mengambil berat tapi nak menyibuk. Tiada lagi yang positif tentang sekolah ini. Pada pandangan aku, semuanya teruk sebagaimana pandangan mereka tentang aku. Hari ini aku sibuk mengedar duit tuisyen kepada cikgu2 berkenaan pagi2 hari lagi. Kemudian aku siapkan buku rekod sambil menekup telinga aku dengan headphone dengan melayan lagu2 favourite aku. Ini lebih baik daripada aku jenguk2 sekeliling yang penuh dengan pelajar yang langsung tidak berdisiplin dan tidak mahu ditegur. Seronok jugak macam ini. Memang huru hara sekolah ini. Tanyalah kepada guru-guru yang datang dari sekolah lain yang baru bertukar ke sekolah ini, semua seolah-olah tidak gembira berada di sini. Ntah la apa jadi kepada sekolah ini dalam masa 5 tahun. Rasanya memang hancur. Siapa boleh menyelamatkan sekolah ini...???? Konco-konco jew... hahahahaha
No comments:
Post a Comment