Sunday, September 19, 2010

nOT a VerY GooD dAy

Suma serba serbi xkena. Ntah kenapa. Sejak kebelakangan nih, banyak sangat xkena.
Petanda x baik kah ini? Adakah selamanya akan begini? Adakah ini kerana aku telah biasa sendiri?
Tuding ke sana sini. Tiada penyelesaian. Membawa hal masing-masing. Pulihkah keadaan??? Tipu diri sendiri. Dalam jiwa menggelegak. Macam gunung berapi nak meletus. Tapi kerana perasaan itu, maka suma ini perlu dikawal. Kalu tidak keadaan runcing dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Ada jiwa yang akan terluka dan mungkin juga terbunuh. Mengapa? Tiada persefahaman kah??? Orang ketiga kah??
APakAh Yang SebeNArnyA??
Pening??? Tak dapat terima?? Hari ini, esok, lusa, tulat, tahun depan, 10tahun lagi, 30 tahun lagi??? BagaiMana??
JIWA TERTEKAN
bodohkah aku?

Saturday, September 18, 2010

RUMAH KU SYURGA KU

Hmm abg balik sekali sekala. Tapi bila balik, cakap2nya buat sakit tinga. Sape x tingin nak tengok umah lawa. Nak tgk umah ni berubah. Aku sendiri dok umah ni dari kecik sampai sekarang. Dorang yang lain ada jugak tempat tinggal lain. Tinggi mana keinginan dorang, lagi tinggi keinginan aku yang xda tempat lain nak pegi selain dari rumah yang dah berpuluh2 tahun tapi xpenah berubah wajah nih.
Sepanjang perjalanan dari Klebang sampai la ke Medan Gopeng asik membebel jer. Aku bertahan. Xnk menjawab sangat. Cuba la faham, yang ada kat umah ni aku dan mak jer. Pompuan. Memasang angan memang ada tapi nak memulakan langkah pertama pun xtau apa yang patut. Camner?? Senang bercakap dengan mulut. Menda yang nak dibuat nih bukan dengan mulut jer. Dengan duit sekali.
Sebenarnya bukan dia jer bercakap tentang umah bila balik raya kali nih. Kak Ti dan Kak Chik pun ada cakap menda yang sama jugak. Suma memasang angan. Maklumlah adik beradik ramai. Rumah ni tempat membesar. Nak xnk akan kembali ke sini jugak. Sesekali nak jugak berjumpa ramai2. Sekarang kalu datang je 2 keluarga dah pening kepala. Umah kecik.
Tadi dok lepak2 dengan mak kt buai bawah pokok tuh. Berangan dan cuba membayangkan rupa bentuk umah yang diidamkan. Depan dan belakang sambung penuh umah. Garaj buat kat tepi umah. Parking keta berlapis2. Huuuu angan2 hebat. Duit pun hebat jugak nih. Tapi memang betul jugak. Aku ni duit gaji bulan2 habis jugak. Daripada buang ke mana hala bih baik abiskan kat umah nih.
So bila nak mula??? Secepat mungkin.... pening2

Friday, September 17, 2010

Hari Pertama Sekolah Selepas Raya

Huhuhu ramai cikgu pakai baju raya. Cikgu pmpn dengan mcm2 fesyen baju dan tudung. Cikgu laki segak berbaju melayu bersampin. Students yang datang lagi hebat. Boleh dibilang dengan jari setiap kelas tuh.
Hari ni cikgu2 datang bukan dengan tangan kosong. Masing2 ada juadah tersendiri. Aku sendiri bawak SUPERGIANT KETUPAT PALAS yang menjadi perhatian suma. Mak malas nk buat cuMil2. Xlarat nk ngadap menda tuh je kan. Macam2 hidangan LEMANG, RENDANG, NASI HIMPIT KUAH KACANG, LAKSA, KUIH2 RAYA uish macam2 lagi x tersenarai kat cnie. Memandangkan raya aku x kemana, maka hari ni peluang nak makan sungguh2. Memang sungguh2 pun aku makan. Xsegan dah. Mula dengan ROTI JALA - PK Pentadbiran a.k.a CIkgu AShAAri @ AYAHANDA yang bawak. NASI HIMPIT + KUAH KCG x tau sape bawak tapi memang thumbs up. 2x aku ulang makan. Then belasah LAKSA cikgu ZAINA memang bESt jugak. KUih CORNFLAKES+oAT hasil kerja cikgu HAZWANI pun SEDAP sgt + MUFFIN COKLAT yg CUMil2 tuh xtau sape buat.
Memandangkan ramai student xdatang, maka rezeki buat mereka yang datang. Dapat la duit raya RM1. Walaupun x besar nilainya harap2 dapat menggembirakan mereka yang berkenaan. Sorry la cikgu x masuk ngajar tapi bagi korang suma makan kuih raya yang x seberapa.
Hari ni hari JUmaat, jadi pendek je masa kt SKolah tuh. Tapi yang SPoil nya hari Ni, CAJ tu tiba2 wat mesyuarat tergempar. Ntah hape2. Awal2 lagi dah Spoil, orang tgh sibuk2 nk amik makanan, CAJ tu sIBuk benor nk bincang isu BASI. Masa Kita mintak dia settle hal tu, xnk pulak. Bila kita dah x heran, dia pulak sibuk2. Menda ntah. Berbalik tentang mEEting tuh, siap da orang called, kata ME wanted. WEK WEK WEK malas nk layan. Meeting tu sebenarnya nk gtau PeNGaRAH nk datang ISNIN nih, nk mantau CAJ la kot. Malas nk tau. Dia nak nek pangkat orang len laks yg susah2. XmASuk langsung ke meeting. Cukup jam 12 terus Blah.
SamPai umah, huhuhu ngAntOk. Tido men2 kt ruang tamu samPai kul2. Kena bAngun jugak sebab da Janji dengan U.
SerOnok kan kan kan U U U. BerjumPa U. SemBang2 dgn U.
Then balik umah. Lepak. On9. FesBuk. BLog. SMS. Makan.
AdoI AGX**** miNyak FULLED tANK : dibawa jalan2 lagi oleh seseorang tanpa tuan empunya. HUH BUKAN SELALU ;p
abis la citer
_ rugi laks xda gmbr_klu x lagi best kan ;p

Thursday, September 16, 2010

its all about U

U dont know im thinking about u


U dont know i want to meet u


U dont know i love to spend time with u


U dont know i love ur laugh


U dont know i love ur stories


U dont know i love ur smile


U dont know i love everything about u


U dont know how i feel


U dont know my heart is beating because of u


U dont know i do love u


U just dont know coz i dont want u to know ;)





p/s : u know alredi

Masa gilo2 Blaja ;p hohoho

Tiba2 aku tingat dengan diari2 lama. Tempat aku meluahkan perasaan. Ketawa sendirian mengenang semua peristiwa tuh. Masa matrik xda apa sangat la. Cuma lepas sambut raya kt Tawau, ada la sikit peristiwa. Pertama kali beraya jauh dari keluarga.
Huhuhu tapi best sangat sampai tersangkut dengan mamat Bugis nih. Hahaha. Pandai main gitar. Orangnya kurus kering. Bila balik Semenanjung terputus jap hubungan. On n off. Ntah xfaham. Susah kot jauh benor.
Then ada sorang budak Engine nih. Muka baik sangat2. Pandai main basketball. Ni la umpan pertama - basketball ;p Tapi dah tau harapan xdo punya. Dapat jadi kawan dah memadai. Yelah budak tu baik weh.
Then budak Kelantan nih. Dia nih mamat pelik. Tu bub aku nk kenal dengan dia. Pi mintak sendiri num tepon tau. Hahaha memang aku gilo. Memang lain kawan dengan dia nih. Budak nih layan Gigs.
Then budak Kelantan jugak. Yang ni xla pelik sangat. Keadaan sekeliling kot pencetus tali persahabatan. Yang ni hebat sikit drama bub dia da Gf. Masa kantoi dengan Gf dia, huhuhuh dasat. Tapi pompuan tu salah faham. Kami cuma kawan jer. Xfaham dengan kebanyakan pmpuan. Napa kalu ko Gf sesorang, Bf ko tu xleh kawan dengan pmpuan lain ker?? Sudahnya mamat ni tunang dengan orang lain jugak. Yang pasti bukan aku la bub aku member dia jer.
Then mamat dr Kuantan. Classmate aku. Yang ni memang lain jugak. Tapi memang best lepak dengan dia. Selalu jugak lepak study sama2 dengan dia nih. Yang ni pun ada GF. Tapi GF dia ok skit, memahami kot. Mungkin la bub aku tgk xda masalah pun. Blh je jawab tepon depan aku kan. Tapi ada salah faham antara aku dgn dia. Terputus jap persahabatan. Xlama sekejap jer. Masih keep in touch smpi sekarang walaupun x selalu.
Then mamat dari Selangor pulak. Hahahaha yang ni memang sengaja aku kaco. Bukan classmate aku tapi housemate classmate aku. Sengaja aku kirim salam. Sengaja aku salah anta msg. Hahaha aku mmg gilo. Lepak minum makan sembang. Macam2 jadi kt dia. Aku tau la sikit2 kisah suka duka dia kot. Ntah. Tapi berbaloi aa bub aku masih berkawan dengan dia sampai sekarang. Masih keep in touch. Masih dapat call nk ucap selamat berpuasa dan selamat hari raya. Xsia2 la aku usaha nk kenal dengan mamat nih.
Kesimpulan : suma di atas adalah kawan2. yang masih keep in touch 2 yg terakhir.

Coretan BoriNk di SuaTu PetAng

Tgk Tb boring. FeSbUk pun dah Boring. Jadi ku tatap la blog ini. MooD raya xda pun. Tingin nak makan McD tp malas nk keluar. Maka terperuk aku di umh smbl menghasilkan coretan ntah hape2 nih. Ada org ajak p mancing tapi xblh ikut. Jauh sangat. Tmbah dgn mls ni kan. Baru tadi mkn nasi. Tapi sekarang masih lg makan2 twisties. Kejap2 bls sms. sambil kpala pk ape aku nk tulis sebenornya. Apa2 jela.
Ikan : aku suka bela ikan. Tapi mak aku xsuka bela2 binatang nih. Kata mak kita menyeksa, binatang pun nk hidup bebas jugak. Suka tengok ikan berenang2 dan masa bagi makan. Sungguh menenangkan jiwa.
Motor : sonok nek moto laju2. huhuhu tanpa membahayakan sesaper. harap maklum. ada sebiji moto ex5. pemberian bonda dan abg tersayang. makasih.
Kereta : idaman CRV atau City. tapi xmampu. myVi jela. wana putih. kunon2 nmpk bersih tp memandangkn tuan empunya malas tahap gaban, jgn harap la.
Basikal : zaman kanak2 riang dulu, inilah pengangkutan utama. nk berlumba pun. pegi skolah. ronda2. dlu da satu basikal kenangan dgn ayah. alih2 mak buat amal, sedekah nya basikal tuh,. hangin aku.
Telefon : mula2 aku pakai hp masa umo 19thn kot. nokia menda ntah lupa dah. pastu aku tukar nokia butterfly. then sistem barter dgn abg ipar, pakai nokia sabun. kak yong buat amal sedekah nokia menda ntah. pastu suma hancur, kak sue aku belikan sony ericson. wahwahwah suka2. sama sebiji mcm dia jugak. then aku tmbAH NOkia yg murah tuh. bub pakai 2 num. satu personal satu kerja.
Barang kemas : cincin belah rotan hadiah hari jadi dr mak. rantai. pastu buah rantainya cincin mak dan cincin dr kak sue. buat aku rs mereka sentiasa ada bersamaku ;p
huhuhuhu rasanya dah cukup kot merepek petang nih. kang bila2 senang atau boring smbung lg.

SAJa

Wah borink giller dok umah. Hari ni kejanya membersihkan apa yang patut. Sambil2 tu basuh kain. Pintu dapur tu bukan xblh bukak tapi sebab banyak menda yang x berguna da kt blakang tuh. Bersihkan dan pintu tu dapat la bukak. Tapi kerja bersih2 kt dapur tuh blm selesai. Laksa yang terbalik tu x dibuang lagi. Orang yang buat tuh wat xtau jer. Tgk Oprah g bersihkan umah orang macam best jer. kalu lah menda tu da kt Msia kan best. Kat dalam bilik nih pun banyak menda yang nak dibuang. Menda2 masa blaja dlu rasa sayang nk buang tapi xpernah guna. Ada tips yang mengatakan sekiranya satu benda tu kita x guna dalam masa 6bulan maknanya kita boleh buang menda tuh. Boleh x tips nih digunakan untuk orang jugak?? Hahaha kalu da no phone yang kita x guna dalam masa 6bln blh la delete dr phonebook tuh.
Hmmm ingat nk pergi Tepen petang nih. Nak beli baju kebaya yang x jadi beli hari tuh. Tu pun kalu rajin. Bila dah dok umah malas nk keluar tapi bila dah keluar malas pulak nk balik. Betul2 borink sungguh dok umah walaupun sebenarnya banyak menda kena buat. Wahhh nak menulis pun kena stop bub x terkeluar idea walaupun sebenarnya melimpah2. huhuhuhu
p/s : awak baca ya??? huhuhuhu

Wednesday, September 15, 2010

Bengang

Eh eh baru sampai dah membebel macam2. Suma serba serbi xkena. Eh tu kereta aku suka hati aku la nk letak apa pun. Bunyi bising ke banyak barang ke tu keta aku. Huh. Hal kubur ayah tu, sape suh pandai2 upah orang buat itu dan ini. Dah tu kita pulak nk pi ulang tengok hasil kerja orng tuh. Awak yang upah awak balik awak tengok sendiri la. Kalu rasa x percaya kt orang, lain kali jangan suruh dah. Huh. Semua yang aku dengar semuanya menyakitkan hati. Rumah ni tetap la sama macam dlu sebab xda sapa nk ubah. Kt depan tu penuh dengan barang sebab mak xnk kosong. Nnt datang kucing muntah la berak la macam2. Balik sekali sekala jangan la kecoh2. Duduk sini lama2 dan cuba faham. Ni tidak. Erkkk sib bek la aku ni muda. Kalu tidak macam kt skolah la jadinya. Aku da rasa hormat lagi. Huh

ada orang baca senyap2

huhuhu ada org baca blog ni dari jauh jew..
terima kasih la bub sudi baca eh..
sebab awak baca ek, saya akan update selalu blog saya ini ;)

Hari Raya 2010

Selamat Hari Raya aIdiLfitri.. maaf zahir dan batin..
Hmm lama sungguh x menulis. Macam2 dah jadi. Nak citer hal yang mana eh. Cerita yang mana ingat lah. Mula dengan maki hamun budak kt FaceBOok. Amboi2 berani budak sorang nih maki hamun aku kat FB. Depan kita kemain lagi pijak semut pun xmati. Huh. Geram giller. Sekolah memang xblh harap nk membela. Cikgu2 lain ada yang mengata balik. Pengetua lagi mengong menyokong bapak budak pulak. HEM langsung xbuat apa2. Sampai mati pun aku xkan maafkan. Boleh blah. Xselamat hidup ko Arif anak Latif. HUh.
Kemudian, dalam bulan posa ni jugak, ada lagi yang nak menulis yag lucah2 tentang aku. Amboi2. Ntah apa menda yang dah merasuk budak2 nih. Hmm tau2. video lucah. Tingin benor eh. Tulis kt tangga bukan tempat aku lalu. Dasar pengecut weh. Blah. Lantak korang la budak2 kampung weh. Aku malas nk layan.
Hmmm pasal diri aku pulak. AKu rasa aku ni semakin teruk. Aku dah lari dari landasan hidup aku. Aku terpesong. Aku nak perbetulkan diri aku sebelum terlambat. Harap2 aku berjaya.
Nk citer hal raya pulak, raya tahun ni macam biasa. Raya pertama ada Yong n BB jer kt umah. Tapi tu pun dah cukup buat rumah ni sesak. Seronok. Pada aku yang penting kakak aku mesti ada. Raya tahun ni mak buat ketupat je. Laksa n rendang kakak aku yang buat. KUih2 lain buat dengan jari telunjuk jer. Raya tahun ni best sebab langsir n sarung kusyen suma tukar. Huhuhu baru terasa cam nk raya. Raya tahun ni best sebab ada lampu lip lap lip lap hahaha raya tahun ni best sebab tahun ke 2 aku bagi duit raya. Raya tahun ni best sebab berjaya buat bBQ walaupun last minute plan.. Macam2 raya tahun ni. Raya pertama aku p umah Pak Mail. Huh best2 makan macam2. Bihun sup, satay, nasi ayam suma sedap2 belaka. Raya ke2 aku merayo2. Hahahah. Raya ke3 kakak aku Kak Ti dan Kak CHik sampai. LAgi best. Makan tengahari beramai2. Malam BBq. Tido sesak2 mklumlah umah kecik. Raya ke 4 kami ke Taiping. Serang umah kak Chik Pulak. Makan tengahari ala berkelah di luar rumah dengan angin bertiup sepoi2 bahasa. Budak2 sibuk dengan basikal roda 3 tuh. Panas2 pun siok je mengayuh. Raya ke5 anto kakak aku balik umah dia. Raya ke 6 a.k.a hari ni dok kt umah jela. Walau camna pun cara kita menyambutnya hari raya tetap best. Tapi ada lagu raya yang sedih2 huhuhu.. xnk citer hal2 sedih kt cinie..