Hari ni hari khamis. tapi aku syok je berada kt umah. huhuhu amik CR. memang aku sangat memerlukan CR nih. Dah lama bertahan. Tapi sebagai manusia biasa ada tahap-tahapnya. Minggu ni bermula dengan cabaran. Nama aku terpampang kt dinding sekolah dengan kata-kata lucah. Suspek utama pelajar perempuan tingkatan 5 kerana itu adalah laluan utama mereka. Apa yang boleh lakukan cat semula jela. Zz dan Sobri yang tolong. Duduk berteleku jap kt tangga tuh. Maklumla aku jarang-jarang sekali guna laluan tuh. Cuba mengenang apa yang aku dah buat kepada mereka. O0oo0o aku ni cikgu yang suka menegur seperti kenapa kain kamu singkat, pakai celak eh, nape namtag kamu kt situ dan sebagainya. Mereka tak puas hati. Tapi pengecut. Buat tindakan macam ni mencaci nama cikgu di tempat cikgu tu xlalu. Motif xnk cikgu tu nampak dengan mata kepala sendiri tapi disampaikan dari mulut ke mulut. Dengan tujuan untuk memalukan sahaja. Pelajar-pelajar sekarang tidak boleh ditegur. Petang isnin, aku ke iPoh dengan Zz dan Megat (Student jugak). Bawak tgk hoki. Aku amik dorang depan mak ayah dengan izin ya. Keesokan harinya, timbul satu isu baru, aku bawak budak tanpa kebenaran dari sekolah. Mangkuk hayun mana laks yang pandai2 buat peraturan kata bawak budak dari rumah kena da kebenaran dari sekolah. Pening aku dengan sekolah ni. Xpernah aku dengar langsung. Agaknya sekolah ini ada peraturan kata cikgu tak boleh lepak dengan budak. Lepas satu kejadian tambah lagi satu. Semalam da orang kata kat aku, Sarinah mulai hari ni xpayah la tegur budak2 lagi. Sarinah masuk kelas mengajar jew. Dah ramai orang xpuas hati dengan sarinah nih". Aku dengar menda ni macam aku ni bakal mati kena pukul kerana menegur kesalahan anak murid jer. O0oo isu tegur menegur ni jadi hangat sebab baru2 ni aku da menegur anak seorang kakitangan sekolah tu. Mak dia xpuas hati terus serang aku. Sekolah yang aku mengajar ni boleh dikenali dengan nama lain iaitu "SEKOLAH SEDARA MARA". Hahahaha aku harap selepas hari ini aku dapat mengubah tujuan aku. Maka sekarang tugas aku hanyalah mengajar di dalam kelas. Pelajar-pelajar harap maaf anda semua tidak dikenali melainkan di dalam kelas saya jer. Harap maklum. SUsah menjadi guru sekarang.
No comments:
Post a Comment