Wednesday, July 20, 2011

missing my blog

Alhamdulillah. Hari ni cuba buka blog dapat pulak. Lega dapat menulis. Terlalu banyak perkara henadak diperkatakan sehingga tak tau nak mula. Hari ni Kak Sue abis pantang. Mohd Yaris Aidil semakin comel. Huhu sungguh seronok ada budak kecik kat umah ni. Hmm tapi nnt dorang ni balik le ke umhnya. Kembali sunyi la umah ni.
Hmm nk citer hal senamrobik masa hari sukan sekolah. Ingatkan acara ni akan gagal. Tapi tula bila kita beri sepenuh komitmen dalam sesuatu perkara, insyaALLAH akan berjaya. Tidak sia-sia segala usaha dan latihan serta bantuan dan kerjasama para pelajar yang terlibat, persembahan sangat berjaya. Diberi pujian. TAHNIAH !!
Selepas sukan, semua sibuk menumpukan kepada bengkel subjek. 6 jam menghadap pelajar yang sama selama 3 hari berturut-turut. Pelajar sangat2 tidak berdikari hanya mengharapkan semua datang daripada guru.
Esok 20 Julai, data dalam emis boleh diusik. Maka bermula tugas. Kali ni nak buat jugak sikit-sikit. Dah belajar daripada kejadian sebelum. Sebelum keluar ralat yang terlalu banyak, baik dimulakan dari sekarang.
Nanti tulis panjang-panjang pun, tak da isi menarik, tak best jugak. So till next time. Harap-harap tiada masalah lagi nak bukan blog ku ini... ;)