Friday, June 11, 2010

Satu Hari Yang Bosan...

Hari ini hari Jumaat. Hari ini x ke mana2. Hari ini dok di rumah. Jadi hari ini hari bosan. Hari ini bangun lambat seperti biasa tp kira awal jugak sbb ada makcik dkt umah ni mintak tolong anta cucu p klinik setelah teksi yang dijanjikan tak sampai2. Bila dah bangun dia cancel plak sebab teksi tu dah sampai. huhuhu ingt nk sambung tido tp lebih baik aku sambung kerja yang tergendala malam tadi iaitu basuh baju ;p sambil2 basuh baju aku bukak laptop layan lagu sambil2 menyemak kt MukaBuku..
Hari ini aku sembang dengan kawan baik aku @ housemate aku... Hal jodoh kami bicarakan. Lega sikit dapat bercerita dengan orang yang memahami.. kemudian aku terkenang masa aku dok mengabiskan 4 tahun kt tanjong malim tuh.. mcm2 menda berlaku.. pahit manis masam masin. Memang nakal seh dalam diam2. Hahaha seingat aku la aku pernah kim salam sekali je kt sorang mamat nih tapi dia kata housemate dia selalu smpikan salam aku kt dia. Pastu kan aku buat2 salah anta msg kt mamat tuh berkisarkan borang ROS hahaha 23 March 2007 tu la tarikhnya.. Tapi semua tu la sampai hari ni kami masih bersahabat. Kenapa mamat tu yang aku nak kaco? Sebab dia xkawan sgt dengan pmpuan.. asik lepak dengan housemate dia je. Maka aku pilih dia untk jadi salah sorang sahabat aku. Tu yang aku nmpak, hakikat sebenar rasanya betul ;p sEPanjang kt sana, ntah bape kali eh aku kuaq lepak makan dengan dia eh..?? ntah xingat tapi semua aktiviti kami undercover hahaha xleh aa kantoi cuma ada la kawan aku yg tau (sbb aku anggap dia ni karib tp sekarang dah xkarib lagi). Last kami jumpa, masa konvo bulan March 2009. Lepak minum. Hahaha tergesa2 tp xpe la dapat la jumpa seblm membawa haluan masing2. Masa terus berlalu, salah sorang kawan kami ~ housemate dia classmate aku~ nk kawin. aku dapat jmputan tp xdapat nk memenuhi kerana aku da kt kampung makcik aku. aku dah agak, kehadiran aku dinanti2kan oleh dia dan dia hahahah mereka cuba menghubungi aku tp xdapat sebab kt umah lang masa ni xda line maxis huhuhuhu kecewa.. bila aku balik umh, dapat msg miskol hahaha aku kol dorang la sbb aku mmg ingt kt dorg nih... sembang2 la kami.. memang ni sahabat aku.. rindu sungguh nk jumpa dorang nih.. harap2 minggu depan dapat jumpa ko wahai sahabatku ;p

Friday, June 4, 2010

Kenang2

Assalamualaikum. Hari ini hari Jumaat. Hari ini hari terakhir persekolahan penggal pertama. Esok mula la cuti pertengahan tahun. Nama je cuti tapi kerja menimbun2. Mana tak nya, kertas jawapan budak2 nak kena tanda. Walaupun kertas 2 (soalan subjektif) untuk 3 kelas dah settle tapi kena da second check. Maklumlah mula2 check tu penuh emosi, bila 2 3 kali check kot2 lembut hati sikit tambah la markah. Kertas 1 (objektif) ingat nk upah budak je ;p huhuhu kertas 1 dan kertas 2 untuk 5 kelas = 10 set jawapan. Ingat nk mula tengok hari Isnin la.
Esok, plan nak pegi kenduri umah Kak Na. Anak dia bersunat dan khatam Al-Quran. Pas tu xtau nk ke mana. Nak p tengok wayang, xda geng pulak. Kakak Sue balik sekejap je. Xsempat nak berjoka-joka dengan dia. Lusa dan seterusnya dok terperuk kat umah jela. Ada plan nk turun KL. Nak jumpa liza dan aida. Rindu dengan dorang tapi xtau la bila. Reunion KK xdapat nak join. Alasan ntah ler.
Hari ini aku sound sorang dak perempuan pasal buku lagu yang aku rampas. Mana x geramnya, punya la lama dia tau buku tu ada kat aku, hari last ni baru terkedek2 datang jumpa aku. Sebelum ni kemain lagi pas2 pesanan pada budak lain suh aku pulangkan. Pastu siap mintak gelang yang aku rampas tahun lepas. Weh budak ni, xtau ke prinsip barang rampasan xkan dipulangkan, kena lelong adala. Yang mana aku pulangkan tu atas dasar belas kasihan je. Tapi memandangkan aku memang hangin dengan budak sorang nih, maka malas aku nak layan. Pernah satu hari tu, dengan berbekalkan buku lirik lagu nila dorang menyanyi2 kat surau sedangkan orang2 lain tengah solat. Tau la uzur tapi xpayah buat macam tu. Aku nak rampas masa tu, ada halangan sikit.
Budak2 sekolah aku baru je selesai mid year exam. Al-kisah masa jaga budak2 form3 subjek math, memang geram sungguh tengok budak2 nih menjawab. √100 xtau. Ada macam2 jawapan 50 la 20 la. ³√8/27 pun xtau jugak. Hmm pastu aku kena masuk kelas form2 pulak. Tapi xda exam. Dah xtau nk buat apa, aku tanya sifir. Ya ALLAH, sifir 3, 4 pun terkial2 nak membacanya. Agaknya dah xda siti sifir kat Tv eh. Yang ada wonderpets, Rempit la,Upin Ipin la dsb. Camna nak menjawab dengan cepat. Kadang2 bila kenang2 smula zaman aku kanak2 dulu, aku bersyukur sangat ada abang yang begitu tegas, cikgu yang tegas dan berdedikasi. Kalau x kerana mereka2, mungkin aku bukan seperti aku hari ni. Belum boleh dikategorikan sebagai dah berjaya, aku masih berada di pertengahan jalan. Abang aku selalu kata, perjalanan aku masih jauh. Banyak kali perkara yang akan aku tempuh. Tiap2 malam abang kerah baca sifir, buat translation petikan surat khabar English atau mengaji Quran. Tak dapat nk tengok Tv sangat. Kalu nak tengok pun sorok2 jew. Main pun ada masa 5-6 petang jew. Huhuhu tapi suma tu berbaloi ..terima kasih kepada semua