Friday, April 27, 2012

Tugas bertambah2

Bulan Mac (25-30) kena pergi kursus Guru Kadet Bomba. Pengalaman yang sangat berharga dan menarik. Dapat la satu paku kt bahu. Paku itu juga menambah kerja2 sampingan. Payah nk kata tidak. Kalau tak tolong macam teruk sangat. Lepas tu terjebak dengan perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri. Terus bertambah2 lagi kerja sampingan menguruskan peserta2. Tak habis di situ terbawa2 sampai ke peringkat Kebangsaan. Mujur dapat mengundurkan diri. Tapi masih ada tugas2 kecil perlu diuruskan. 
Tak abis di situ sahaja, baru2 ni terlantik sebagai Ketua Guru Rumah SUkan. Aduh terlalu terkejut sampai terkeluar air mata. Kenapa la diri ni je yang nampak ??? Redha je. Menjalankan tugas takat yang mampu. Tugas guru data ni pun sudah cukup membebankan. Tidakkah mereka berfikir sebelum meletakkan beban2 lain kepada orang yang sama je. Ntah la. Lakukan tugas dengan ikhlas. Moga mendapat keberkatan ALLAH S.W.T :)