Saturday, December 1, 2012
3 years 1 month 1 week
Well, its all coming back. It's keep happened. For how long can we avoid from it to happen again and again? Yes, we cannot. Today, u changed the password. So, that's the sign. Thank you. Hope u will happy.
Sunday, June 24, 2012
Plan yang gagal
Hari ni A ajak kelua tgk wayang. Smlm dia dah booked tiket kot. Aku tanya plan. Dia kata seperti di atas la. Ikut faham aku pergi sendiri2 la. Alih2 hr ni dia suh amik depan umh dia. Adehh bukan cara aku la. Aku perempuan kot. Mana aku nk p amik dia kt rumah. Aku kisah jugak apa kata jiran2. Aku kot dapat nama nnt. Aku bagi cadangan lain. Haram balas. Setengah jam kot aku tunggu jawapan. Dahla perut berkeroncong. Aku ada kereta, minyak dan aku lesen. Aku jalan terus p McD. Tup2 tgh2 aku rileks makan2 kt Klebang tu, dia kata dia dok tunggu kt Bas ISli tu. 20min aku bergegas balik. Alih2 takdo jugak. Dia dah blah balik rumah. Adehhh lelaki ni memang pelik. Tak berkenan langsung. Tapi aku tak nak terus menolak macam tu je. Aku nk mencuba. Tapi nampak gaya mcm tak sesuai ler. Hmm ntah la. Aku pun da silap. Tapi 30min untuk membalas SMS logik kah itu ? Kalau dia respon cepat2, kan selesai.
Thursday, June 7, 2012
Corat coret :)
Hari ni birthday Akhbar Raithol.. Semalam birthday Bud. Hehehe saya msg dia untuk wish :) wink wink dia balas. Sebab dia tak tau sape yg msg kahkahkah then bgtau la ni ina. Dia balas dgn thanks je. Well ok la tu kan. At least tak la negative response kan. Hari ni terlebih rajin pulok. Terlebih ke ?? Ada sikit R la. Kemaskini jadual erkk. Actually sgt la tak suka tugas ini. Tahun 2012 ni sangat mencabar wooo. Macam2 terjadi. Mesti hadapi dan hidup mesti diteruskan. Tak guna terlalu memikirkan perkara yang belum pasti. Saya yakin bahawa ALLAH ada sesuatu yang baik utk saya. Bukan saya tidak berusaha tapi rasa macam sudah sampai masa utk berhenti. Bukan bermakna berputus asa tetapi hanya ingin berehat dan fokus kepada perkara lain. Semoga diberkati.
Wednesday, May 30, 2012
Andai awak membaca
Dear Mi,
I'm sorry if i hurt you. Saya tahu awak sangat membenci saya. Tertanya-tanya juga ketika awak remove saya daripada friend list FB. Tetapi saya ignored. Kebencian awak memang sangat-sangat ketara apabila saya mula menghubungi awak 3 hari lalu. Sampai hati awak tidak lagi mahu berkawan dengan saya. Walaupun awak kata awak telah lupakan semua yang terjadi, tetapi daripada tindakan dan reaksi awak ini sangat bertentangan. Saya baru dapat tahu awak telah berkahwin. Saya tengok semua gambar perkahwinan awak dengan si dia, seorang doktor. Saya ingatkan awak baru berkahwin awal bulan Mei pada hari jadi awak kan. Rupa-rupanya bulan April le. Awak telah selamat diijabkabul dengan si dia pada 19hb April ke 20 ke 21hb sebab resepsi awak 22hb April (kalau saya tak salah menelek FB). Mujur awak tak buat setting private kan. Dapat juga saya "skodeng". Thank you sebab bagi peluang tu pada saya. Sebulan lebih baru saya tau. Kenapa awak macam merahsiakan ek ?Tahniah Mi. Mi bertuah bersama si dia yang jauh lebih baik daripada saya. Lebih cantik, lebih pandai, lebih segala-galanya daripada saya. Saya tak sempat nak menjelaskan semua kepada awak. Memang silap saya kerana membiarkan awak. Tapi adakah awak bertanya kepada saya keputusan saya? You just jumped to the conclusion. Tak mengapa, perkara sudah berlalu. Ada perkara yang menghalang saya. Saya tak mahu jadi penghalang kepada kerjaya awak. Saya juga tak mahu menyusahkan awak. Salah saya mendiamkan diri. Saya akui kesilapan saya. Tetapi percayalah saya tidak berniat buruk terhadap awak. Awak insan yang begitu jujur, baik dan ikhlas. Saya tidak layak bersama awak. Saya sangat gembira melihat awak hari ini bersama si dia. Saya doakan awak bahagia selalu. Saya mohon kemaafan atas salah silap selama kita berkawan. I always remember and cherish you forever. Thank you for everything.
Sunday, May 27, 2012
Hati Ini Kecewa lagi
Hari ini kecewa. H telah berkahwin. Awal bulan Mei 2012. H berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada diri ini, seorang doktor. Silap diri sendiri kerana menolak. Tak tahu kenapa. Huhu ingatkan ada peluang tapi kali ni memang sah dah terlepas. At least dia beruntung kan. Tak dapat nk mencoret panjang2 sbb memang speechless. Semoga H berbahagia selalu.
Friday, April 27, 2012
Tugas bertambah2
Bulan Mac (25-30) kena pergi kursus Guru Kadet Bomba. Pengalaman yang sangat berharga dan menarik. Dapat la satu paku kt bahu. Paku itu juga menambah kerja2 sampingan. Payah nk kata tidak. Kalau tak tolong macam teruk sangat. Lepas tu terjebak dengan perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri. Terus bertambah2 lagi kerja sampingan menguruskan peserta2. Tak habis di situ terbawa2 sampai ke peringkat Kebangsaan. Mujur dapat mengundurkan diri. Tapi masih ada tugas2 kecil perlu diuruskan.
Tak abis di situ sahaja, baru2 ni terlantik sebagai Ketua Guru Rumah SUkan. Aduh terlalu terkejut sampai terkeluar air mata. Kenapa la diri ni je yang nampak ??? Redha je. Menjalankan tugas takat yang mampu. Tugas guru data ni pun sudah cukup membebankan. Tidakkah mereka berfikir sebelum meletakkan beban2 lain kepada orang yang sama je. Ntah la. Lakukan tugas dengan ikhlas. Moga mendapat keberkatan ALLAH S.W.T :)
Wednesday, March 21, 2012
Wednesday, February 29, 2012
4 tahun sekali
Hari ni hari yang istimewa kerana 29hb Feb hanya muncul dalam masa 4 tahun sahaja. Hari ini hari yang biasa sahaja bagi aku. Hari ini hari jadi PK HEM sekolah aku. Hari ini ada terima 3 msd dari dia. Hari ini aku tak rasa nk bermsg pun dengan dia. Bukan hari ni je dah tawar, tapi sejak Sabtu lalu. Hari ini bersama dengan mak. Hari ini aku berharap hari-hari mendatang akan lebih indah dan semua berjalan lancar. Hari ini aku menjalankan tugas sebagai cikgu. Aku bukan contoh terbaik tetapi aku cuba sedaya upaya memberi yang terbaik kepada mereka. Semoga diberkati ALLAH s.w.t. Amin :) Sehingga bertemu lagi dengan 29022016. InsyaALLAH.
Sunday, January 29, 2012
Weekend
Hari ini sepatutnya bersenang lenang. Rileks tengok tv ke lepak2 je. Tapi sebab ada tugas terpaksa la bekerja. Kalau nak ikut syarat, memang tak layak untuk jawatan ni sebab tak da kemahiran yang hebat tentang IT. Contohnya situasi sekarang, utiliti 2012 tak boleh nak guna sebab virus menguasai. Jadi laptop kena format. Semalam pergi survey 2 kedai. Charge RM40. Nak bayar tu guna duit sendiri tau. Walaupun orang selalu kata gaji cikgu banyak, tapi adakah anda tau bahawa guru banyak menggunakan gaji berkenaan kegunaan pelajar dan tugas. Esok terpaksa minta tolong jasa baik rakan seperjuangan. Esok terpaksa bertungkus lumus kerana esok due date. Semoga semua yang dirancang akan berjalan lancar esok.
Friday, January 27, 2012
Komunikasi
Komunikasi penting dalam setiap hubungan.
Hubungan kekeluargaan, hubungan rakan sekerja dan macam2 lagi.
Apatah lagi kalau hanya melibatkan 2 individu sahaja dalam perhubungan tersebut.
Komunikasi sehala tidak bagus.
Komunikasi 2 hala lebih berkesan.
Jika anda pendiam dan suka mendengar, sesekali anda kena bercakap.
Orang lain perlu mengetahui isi hati anda terutama sekali orang yang ambil berat tentang anda.
Jika anda terus memendam, anda seolah-olah menafikan kehadiran orang berkenaan dalam hidup anda.
Apa guna perhubungan tersebut, kita tidak berkongsi?
Kongsi segala suka duka, tawa tangis, baik buruk, gembira sakit hati.
Komunikasi membantu kita untuk lebih memahami situasi.
Jadi berkomunikasi la dengan saya :) hehehe
Tuesday, January 24, 2012
Keputusan
Hari ini keputusan telah dibuat. I ingat I membantu U berfikir. Tapi rasanya tak kot. Semoga keputusan yang dibuat hari ini membawa kebaikan kepada semua pihak.
>> Beginikah cara bertanggungjawab ?
Monday, January 23, 2012
2 years and 2 month
Hari ini ntah untuk ke sekian kali, bertekak lagi. Dia tuduh aku kurang respect dia. Bagi dia, kena ada benda (harta) baru orang nampak. Kadang2 bila difikirkan, benar kata orang2 tua. Mungkin takkan ke mana pun. Aku pun dah bersedia for the worst situation. Setahu aku, selama hari ini aku telah cuba sedaya upaya menyokong dia. Takpe la, payah. Malas nak berfikir tentang perkara yang tak pasti dalam hidup ini. Perjalanan hidup masih jauh dan ia perlu diteruskan. Usah dikenang perkara remeh di tepian.
Ada perkara dalam hidup ini, kalau ada, ada la. kalau tak da pun tak kisah aa :) kalau ada asyik menyakitkan hati, buat apa. Single tu takda masalah pun la. Boleh hidup juga la. Lebih baik fokus jaga hati dan perasaan Mak yang bersusah payah menjaga dari kecil lagi.
its the DRAGON

MUSHU and the CRICKET
"Dishonor on your whole family, dishonor on you, dishonor on your cow.. "
Someone used to call me DRAGON. Don't know why. Maybe because I'm fierce. I get mad like a dragon blows the fire. The name came after our class watched the MULAN movie. Its the Mushu. I love the dragon .
2012 is the DRAGON year for the Chinese Lunar Calendar.
1st Love
Hari ini tiba2 teringat pada seseorang. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup. Kehadiran dia amat bermakna walaupun hanya untuk seketika. Dia membantu saya tika diri amat memerlukan seseorang. Bermula dengan persahabatan, disulami dengan kasih sayang. Namun semua itu tidak bertahan lama. Walaupun diri sudah bersedia, tapi bila tiba saat itu, kesediahan itu tak dapat nak dielakkan. Saya tau sekarang ni dia bahagia bersama isteri dan anak. Dia berjaya mencapai cita-cita. I'm happy for him.
Hahaha tadi terdengar lagu ADELE - Someone like you. Tu yang teringat kot. Well, kenangan indah untuk koleksi hidup. Jangan sekat hidup dengan kenangan. Hidup mesti diteruskan. Memang kata orang cinta pertama itu susah nak dilupakan. Dia memang akan kekal dalam ingatan. Dia sahabat. Dia pernah membantu. Saya tau dia tentunya tak ingat lagi pada saya. Masa dia nak kawin dlu, ada dia jemput. Diri kata kuat, boleh pergi ke majlis yang bertempat di Resort Kuala Kangsar tapi hati kata jangan pergi. Sudahnya memang tak pergi. Takut perasaan tak terkawal, kang menangis pulak kt majlis perkahwinan orang. Mesti orang yang tengok pelik kan. Kalau ikut tips putus cinta, kena buang semua benda yang berkaitan. Tetapi saya masih simpan semua surat2 kami dulu. Huhu mungkin bagi orang lain itu cinta monyet. Tapi bagi diri saya sendiri, dia begitu istimewa untuk dilupakan. Walaupun saya masih bujang lagi, janganlah dikaitkan dengan kehilangan dia. Dia tetap kawan baik saya selamanya.
Sunday, January 22, 2012
Hujung minggu
Tahun 2012 ni, hujung minggu tak terasa sangat. Banyak perkara perlu diselesaikan di rumah. Tentu sekali hal kerja. Memang tidak dapat dielakkan lagi. Hari ini, tolong seorang senior buat kerja online. Kalau orang baik minta tolong, tak sampai hati nak menolak. Tapi tolong setakat apa yang mampu. Sistem online yang dibangunkan oleh pihak tertentu ini tidak memudahkan kerja sebaliknya menambahkan beban. Langsung tiada ciri mesra pengguna. Niat menolong tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa hanya keberkatan daripada ALLAH s.w.t. Semoga dipermudahkan tugas dan hari-hari mendatang berjalan lancar.
Semalam, tengok cerita "Janji Syurga" dengan Mak di Astro Oasis. Serius cakap la memang insaf habis. Sambil tengok tu, memang mengawal perasaan. Mak jugak. Hahaha. Pengajaran untuk kami berdua. Mesti saling memahami dan menjaga perasaan :) Tinggal berdua dengan Mak memang heaven. Terasa bahagia dan bertuah. Walaupun umur hampir mencecah 30, tapi masih terasa seperti anak kecil di mata Mak. Tidak dapat bayangkan, hidup ni tanpa Mak. Mak segala-galanya untuk diri ini di dunia ini. Ya ALLAH, ku mohon beri daku peluang untuk berbakti kepada Mak.
Saturday, January 21, 2012
WELCOME 2012
First post utk tahun 2012. Tahun 2011 pun tak banyak menulis sangat pun. Kenapa? Ntah la. Tahun 2012 tahun yang sangat mencabar. Permulaannya sangat menggerunkan. Tetapi di sebalik setiap kejadian ada hikmah. Mulai saat itu, akan lebih berhati-hati.
Tahun ini tahun pertama mengajar Kimia. Agar gementar tetapi mencuba sedaya upaya. Seolah-olah diri sendiri pun belajar juga. Sebelum masuk kelas buat revision dulu. Persediaan agak rapi jugak la. Walaupun begitu tetap ada kekurangan sebab saya memang terkenal dengan sikap "clumsy". Hehehe kerja sampingan adalah guru data. Penat tetapi tak berdaya nak menolak. Ntah la. Terlalu awal untuk memberi pelbagai alasan. Biarla orang membuat penilaian. Jika rasa tak sesuai, boleh digugurkan. Sekiranya orang percaya, buatlah apa yang mampu. Baru 3 minggu di tahun 2012. Macam2 dah jadi. Terasa lambat masa berlalu. Dugaan datang awal. Terima kasih ALLAH kerana ujian itu mematangkan diri ini. InsyaALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)