Tuesday, December 21, 2010

geram.SAKIT HATI.

KenapA la Da mANUsia Yang HAsad DEngki kt DunIA nih?
Aku Rasa nk G JERIT2 kt MUKA dia; "APe PSAl ko nk KACO hiDup akU? Aku PenAh kaCo hiDup Ko Ker???"
janGAn hARap ko DApat HIdUP deNGAN amaN daMAI...
kalu ko nk saman orang xda buat pelan rumah, saman semua. jangan saman umah aku jer. ini tidak adil.
sakit hati sampai x boleh nk buat apa2.
nak jerit laaaa
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Monday, December 20, 2010

Planning

Hari ni selesai tugas mengawas peperiksaan SPM. Hari ni jugak gaji masuk. Hari ni jugak claim pengawas masuk tapi bukan claim perjalanan a.k.a teksi huhuhu. Hari ni jugak mula potong ke angkasa untuk rumah belakang. Mula Dis 2010 berakhir Dis 2025. Hari ni jugak aku bertekad untuk mula merancang perbelanjaan. 50% of salary is gone. So i better plan before its too late. First thing is to settle all the bills. Dah settle bil, kena amik 10% simpan; WAJIB. Buat listing barang2 untuk dibeli. Jangan membeli mengikut hati. Maka keperluan atau kehendak perlu diambil kira. Sebenarnya duit ni banyak mana pun kita akan rasa tak cukup. Huhu memang masalah. Hmm kena kurangkan aktiviti berjoka-joka tak tentu hala. Kena rancang semua perbelanjaan. Mesti amik tau ke mana duit tu pergi. Kena dok rumah. Kurangkan aktiviti meronda dengan AGX tanpa tujuan, Pembaziran. Harga minyak dah naik. Huhuhu tahun 2011 adalah tahun berjimat.

Friday, December 17, 2010

huhuhu sudah lama menyepi

Hmm Jumaat, penghulu segala hari. Suasana yang best. Hujan. Sejuk jer. Lepak kat umah dengan mak jer. Berdua lebih baikkah?? Huhu sunyi. Last entry aku jaga STAM. The new entry aku jaga SPM 2010. Wahh best. Pusat di SMK RPK. Tapi on the 1st day, ada student kena amik kt spital. So i volunteer untuk jadi pengawas kt sana. Pengalaman. Best. Ketua Pengawas : Mr. Khairul Anuar dr SMK Temenggung Kati huhuhu sama macam STAM tp orang berbeza. Jaga exam kt spital sangatlah selesa. Mengantuk blh tido dan paling penting x kena berdiri. Huhuhu dok saja. Siap blh baca Readers Digest. Yelah, exam tu wat kt library. Makan pun senang. Kantin ada, makanan pun sedap. Huhuhu hari2 aku sarapan roti canai ;p Nak pegi pagi2 pun x kelam kabut bub calon sorang je. Memang rileks sgt2. Mula dari 22hb smpi 1hb jer kt sana. Pastu kena kembali ke sekolah bub ketua pengawas xda. So macam xcukup pengawas kt sana. Apa2 pun best lepak bersama Mr.Khairul sambil menjaga exam. But then for the candidate i think the environment is totally not suitable for them to sit for the exam. Huhu blh tahan bising la. Jap2 dengar orang sembang dr bawah nun. Jap2 alarm keta berbunyi. Jap2 orang potong rumput la potong asbestos la. Sabar jela. Sian tengok student tu tapi dia kata okey jer ;p.

Sebelum jaga exam, sakan dah aku bercuti. Pergi ke tHe LOSt WOrLd of Tambun dengan anak2 kak sue. Best. Sebelum tu dah pegi gak. Kejadian yadiY hilang. pAstu kali ke 2 dia xnk ikut dah.
Sebelum cuti sekolah pun aku dah bercuti sakan. Pegi ke Teluk Batik sampai 3 kali. Muka ketara hitam. Sib bek dah puas bercuti sebelum SPM kalu x, hmm x merasa la. Last paper hari Isnin nih 20hb. Pastu blh la cuti lebih kurang 10 hari. 30hb ada meeting kt skolah. Owh sungguh la malas untuk kembali ke sekolah tapi itulah tugas ;p


Wednesday, October 27, 2010

its been a while

Huhuh dah lama giller x menulis.. terlalu banyak menda yang terjadi.. mcam2.. paling teruk terjadi dalam hidup pun ada. Bub tu xnk menulis takut akan tertulis cerita yang hanya boleh disimpan dalam hati jer. Malu nak cerita. Mengaibkan diri sendiri. Sesungguhnya memang tersangat teruk.
Hari ni hari last jaga exam STAM. KAgum tengok pelajar2 nih menjawab soalan dalam Bahasa aRAB. Penat jugak jaga exam nih. Berdiri. Paling teruk ngantuk. Ntah xtau camner cara nk ilangkn. Ni pengalaman pertama jadi pengawas peperiksaan. Mula 18-20 Okt dan 26-27 Okt. Seronok dapat kenal dengan Ustaz Nazri dan Cikgu Sahidi. Cikgu Sahidi ni pernah jumpa dah masa jadi cikgu ganti kt Temenggong tapi x dapat nk sembang2. Budak pun xramai 26orang je kt Maahad AlMizan. Mungkin nnt kena jaga SPM pulak. Huhu lama tuh.
Hmmm keta dah settle. Haha macam banyak duit tp hutang sebenarnya. Hari Isnin baru ni amik cuti p JPJ, tukar nama. Hal bank ni, hari tu bengang giller dengan minah kt MAYbank SS tuh. Mata letak kt lutut gamaknya. Boleh dia buat aku tunggu tercongok kt situ 30min. Huh sib bek angin elok skit la. Xda aku nk ngamuk kt situ.
Hmm xsabar nk tengok perubahan umah. Tapi rasanya x sempat kot sebelum raya haji. Hal umah ni macam2 pendapat aku dengar. Tapi aku buat jela. Tanggung sesorang pn xper. Janji dapat mak rasa dan tgk perubahan kt umah nih. Kalu aku x pinjam duit, tiap2 bulan gaji abis jugak. Lebih baik habis da nampak mendanya dari habuk pun xda.
Sejak kebelakangan nih, aku selalu risau. Aku risau sebab aku da buat salah. Aku dihimpit rasa bersalah. Dan aku akan terus rasa bersalah seumur hidup aku. Sebab aku xmungkin dapat menebus kesalahan aku nih. Rahsia hitam ini buat aku sesak nafas. Xmampu nk berdepan dengan orang sekeliling. Aku malu dengan diri sendiri. Rasa jijik dan benci sangat2. Xdapat nak bercerita dengan sesiapa pun. Ya ALLAH, hanya padaMU tempat aku mengadu dan mohon keampunanMU, hindari aku dari melakukan kesalahan yang sama. YA ALLAH ku mohon.

Sunday, September 19, 2010

nOT a VerY GooD dAy

Suma serba serbi xkena. Ntah kenapa. Sejak kebelakangan nih, banyak sangat xkena.
Petanda x baik kah ini? Adakah selamanya akan begini? Adakah ini kerana aku telah biasa sendiri?
Tuding ke sana sini. Tiada penyelesaian. Membawa hal masing-masing. Pulihkah keadaan??? Tipu diri sendiri. Dalam jiwa menggelegak. Macam gunung berapi nak meletus. Tapi kerana perasaan itu, maka suma ini perlu dikawal. Kalu tidak keadaan runcing dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Ada jiwa yang akan terluka dan mungkin juga terbunuh. Mengapa? Tiada persefahaman kah??? Orang ketiga kah??
APakAh Yang SebeNArnyA??
Pening??? Tak dapat terima?? Hari ini, esok, lusa, tulat, tahun depan, 10tahun lagi, 30 tahun lagi??? BagaiMana??
JIWA TERTEKAN
bodohkah aku?

Saturday, September 18, 2010

RUMAH KU SYURGA KU

Hmm abg balik sekali sekala. Tapi bila balik, cakap2nya buat sakit tinga. Sape x tingin nak tengok umah lawa. Nak tgk umah ni berubah. Aku sendiri dok umah ni dari kecik sampai sekarang. Dorang yang lain ada jugak tempat tinggal lain. Tinggi mana keinginan dorang, lagi tinggi keinginan aku yang xda tempat lain nak pegi selain dari rumah yang dah berpuluh2 tahun tapi xpenah berubah wajah nih.
Sepanjang perjalanan dari Klebang sampai la ke Medan Gopeng asik membebel jer. Aku bertahan. Xnk menjawab sangat. Cuba la faham, yang ada kat umah ni aku dan mak jer. Pompuan. Memasang angan memang ada tapi nak memulakan langkah pertama pun xtau apa yang patut. Camner?? Senang bercakap dengan mulut. Menda yang nak dibuat nih bukan dengan mulut jer. Dengan duit sekali.
Sebenarnya bukan dia jer bercakap tentang umah bila balik raya kali nih. Kak Ti dan Kak Chik pun ada cakap menda yang sama jugak. Suma memasang angan. Maklumlah adik beradik ramai. Rumah ni tempat membesar. Nak xnk akan kembali ke sini jugak. Sesekali nak jugak berjumpa ramai2. Sekarang kalu datang je 2 keluarga dah pening kepala. Umah kecik.
Tadi dok lepak2 dengan mak kt buai bawah pokok tuh. Berangan dan cuba membayangkan rupa bentuk umah yang diidamkan. Depan dan belakang sambung penuh umah. Garaj buat kat tepi umah. Parking keta berlapis2. Huuuu angan2 hebat. Duit pun hebat jugak nih. Tapi memang betul jugak. Aku ni duit gaji bulan2 habis jugak. Daripada buang ke mana hala bih baik abiskan kat umah nih.
So bila nak mula??? Secepat mungkin.... pening2

Friday, September 17, 2010

Hari Pertama Sekolah Selepas Raya

Huhuhu ramai cikgu pakai baju raya. Cikgu pmpn dengan mcm2 fesyen baju dan tudung. Cikgu laki segak berbaju melayu bersampin. Students yang datang lagi hebat. Boleh dibilang dengan jari setiap kelas tuh.
Hari ni cikgu2 datang bukan dengan tangan kosong. Masing2 ada juadah tersendiri. Aku sendiri bawak SUPERGIANT KETUPAT PALAS yang menjadi perhatian suma. Mak malas nk buat cuMil2. Xlarat nk ngadap menda tuh je kan. Macam2 hidangan LEMANG, RENDANG, NASI HIMPIT KUAH KACANG, LAKSA, KUIH2 RAYA uish macam2 lagi x tersenarai kat cnie. Memandangkan raya aku x kemana, maka hari ni peluang nak makan sungguh2. Memang sungguh2 pun aku makan. Xsegan dah. Mula dengan ROTI JALA - PK Pentadbiran a.k.a CIkgu AShAAri @ AYAHANDA yang bawak. NASI HIMPIT + KUAH KCG x tau sape bawak tapi memang thumbs up. 2x aku ulang makan. Then belasah LAKSA cikgu ZAINA memang bESt jugak. KUih CORNFLAKES+oAT hasil kerja cikgu HAZWANI pun SEDAP sgt + MUFFIN COKLAT yg CUMil2 tuh xtau sape buat.
Memandangkan ramai student xdatang, maka rezeki buat mereka yang datang. Dapat la duit raya RM1. Walaupun x besar nilainya harap2 dapat menggembirakan mereka yang berkenaan. Sorry la cikgu x masuk ngajar tapi bagi korang suma makan kuih raya yang x seberapa.
Hari ni hari JUmaat, jadi pendek je masa kt SKolah tuh. Tapi yang SPoil nya hari Ni, CAJ tu tiba2 wat mesyuarat tergempar. Ntah hape2. Awal2 lagi dah Spoil, orang tgh sibuk2 nk amik makanan, CAJ tu sIBuk benor nk bincang isu BASI. Masa Kita mintak dia settle hal tu, xnk pulak. Bila kita dah x heran, dia pulak sibuk2. Menda ntah. Berbalik tentang mEEting tuh, siap da orang called, kata ME wanted. WEK WEK WEK malas nk layan. Meeting tu sebenarnya nk gtau PeNGaRAH nk datang ISNIN nih, nk mantau CAJ la kot. Malas nk tau. Dia nak nek pangkat orang len laks yg susah2. XmASuk langsung ke meeting. Cukup jam 12 terus Blah.
SamPai umah, huhuhu ngAntOk. Tido men2 kt ruang tamu samPai kul2. Kena bAngun jugak sebab da Janji dengan U.
SerOnok kan kan kan U U U. BerjumPa U. SemBang2 dgn U.
Then balik umah. Lepak. On9. FesBuk. BLog. SMS. Makan.
AdoI AGX**** miNyak FULLED tANK : dibawa jalan2 lagi oleh seseorang tanpa tuan empunya. HUH BUKAN SELALU ;p
abis la citer
_ rugi laks xda gmbr_klu x lagi best kan ;p

Thursday, September 16, 2010

its all about U

U dont know im thinking about u


U dont know i want to meet u


U dont know i love to spend time with u


U dont know i love ur laugh


U dont know i love ur stories


U dont know i love ur smile


U dont know i love everything about u


U dont know how i feel


U dont know my heart is beating because of u


U dont know i do love u


U just dont know coz i dont want u to know ;)





p/s : u know alredi

Masa gilo2 Blaja ;p hohoho

Tiba2 aku tingat dengan diari2 lama. Tempat aku meluahkan perasaan. Ketawa sendirian mengenang semua peristiwa tuh. Masa matrik xda apa sangat la. Cuma lepas sambut raya kt Tawau, ada la sikit peristiwa. Pertama kali beraya jauh dari keluarga.
Huhuhu tapi best sangat sampai tersangkut dengan mamat Bugis nih. Hahaha. Pandai main gitar. Orangnya kurus kering. Bila balik Semenanjung terputus jap hubungan. On n off. Ntah xfaham. Susah kot jauh benor.
Then ada sorang budak Engine nih. Muka baik sangat2. Pandai main basketball. Ni la umpan pertama - basketball ;p Tapi dah tau harapan xdo punya. Dapat jadi kawan dah memadai. Yelah budak tu baik weh.
Then budak Kelantan nih. Dia nih mamat pelik. Tu bub aku nk kenal dengan dia. Pi mintak sendiri num tepon tau. Hahaha memang aku gilo. Memang lain kawan dengan dia nih. Budak nih layan Gigs.
Then budak Kelantan jugak. Yang ni xla pelik sangat. Keadaan sekeliling kot pencetus tali persahabatan. Yang ni hebat sikit drama bub dia da Gf. Masa kantoi dengan Gf dia, huhuhuh dasat. Tapi pompuan tu salah faham. Kami cuma kawan jer. Xfaham dengan kebanyakan pmpuan. Napa kalu ko Gf sesorang, Bf ko tu xleh kawan dengan pmpuan lain ker?? Sudahnya mamat ni tunang dengan orang lain jugak. Yang pasti bukan aku la bub aku member dia jer.
Then mamat dr Kuantan. Classmate aku. Yang ni memang lain jugak. Tapi memang best lepak dengan dia. Selalu jugak lepak study sama2 dengan dia nih. Yang ni pun ada GF. Tapi GF dia ok skit, memahami kot. Mungkin la bub aku tgk xda masalah pun. Blh je jawab tepon depan aku kan. Tapi ada salah faham antara aku dgn dia. Terputus jap persahabatan. Xlama sekejap jer. Masih keep in touch smpi sekarang walaupun x selalu.
Then mamat dari Selangor pulak. Hahahaha yang ni memang sengaja aku kaco. Bukan classmate aku tapi housemate classmate aku. Sengaja aku kirim salam. Sengaja aku salah anta msg. Hahaha aku mmg gilo. Lepak minum makan sembang. Macam2 jadi kt dia. Aku tau la sikit2 kisah suka duka dia kot. Ntah. Tapi berbaloi aa bub aku masih berkawan dengan dia sampai sekarang. Masih keep in touch. Masih dapat call nk ucap selamat berpuasa dan selamat hari raya. Xsia2 la aku usaha nk kenal dengan mamat nih.
Kesimpulan : suma di atas adalah kawan2. yang masih keep in touch 2 yg terakhir.

Coretan BoriNk di SuaTu PetAng

Tgk Tb boring. FeSbUk pun dah Boring. Jadi ku tatap la blog ini. MooD raya xda pun. Tingin nak makan McD tp malas nk keluar. Maka terperuk aku di umh smbl menghasilkan coretan ntah hape2 nih. Ada org ajak p mancing tapi xblh ikut. Jauh sangat. Tmbah dgn mls ni kan. Baru tadi mkn nasi. Tapi sekarang masih lg makan2 twisties. Kejap2 bls sms. sambil kpala pk ape aku nk tulis sebenornya. Apa2 jela.
Ikan : aku suka bela ikan. Tapi mak aku xsuka bela2 binatang nih. Kata mak kita menyeksa, binatang pun nk hidup bebas jugak. Suka tengok ikan berenang2 dan masa bagi makan. Sungguh menenangkan jiwa.
Motor : sonok nek moto laju2. huhuhu tanpa membahayakan sesaper. harap maklum. ada sebiji moto ex5. pemberian bonda dan abg tersayang. makasih.
Kereta : idaman CRV atau City. tapi xmampu. myVi jela. wana putih. kunon2 nmpk bersih tp memandangkn tuan empunya malas tahap gaban, jgn harap la.
Basikal : zaman kanak2 riang dulu, inilah pengangkutan utama. nk berlumba pun. pegi skolah. ronda2. dlu da satu basikal kenangan dgn ayah. alih2 mak buat amal, sedekah nya basikal tuh,. hangin aku.
Telefon : mula2 aku pakai hp masa umo 19thn kot. nokia menda ntah lupa dah. pastu aku tukar nokia butterfly. then sistem barter dgn abg ipar, pakai nokia sabun. kak yong buat amal sedekah nokia menda ntah. pastu suma hancur, kak sue aku belikan sony ericson. wahwahwah suka2. sama sebiji mcm dia jugak. then aku tmbAH NOkia yg murah tuh. bub pakai 2 num. satu personal satu kerja.
Barang kemas : cincin belah rotan hadiah hari jadi dr mak. rantai. pastu buah rantainya cincin mak dan cincin dr kak sue. buat aku rs mereka sentiasa ada bersamaku ;p
huhuhuhu rasanya dah cukup kot merepek petang nih. kang bila2 senang atau boring smbung lg.

SAJa

Wah borink giller dok umah. Hari ni kejanya membersihkan apa yang patut. Sambil2 tu basuh kain. Pintu dapur tu bukan xblh bukak tapi sebab banyak menda yang x berguna da kt blakang tuh. Bersihkan dan pintu tu dapat la bukak. Tapi kerja bersih2 kt dapur tuh blm selesai. Laksa yang terbalik tu x dibuang lagi. Orang yang buat tuh wat xtau jer. Tgk Oprah g bersihkan umah orang macam best jer. kalu lah menda tu da kt Msia kan best. Kat dalam bilik nih pun banyak menda yang nak dibuang. Menda2 masa blaja dlu rasa sayang nk buang tapi xpernah guna. Ada tips yang mengatakan sekiranya satu benda tu kita x guna dalam masa 6bulan maknanya kita boleh buang menda tuh. Boleh x tips nih digunakan untuk orang jugak?? Hahaha kalu da no phone yang kita x guna dalam masa 6bln blh la delete dr phonebook tuh.
Hmmm ingat nk pergi Tepen petang nih. Nak beli baju kebaya yang x jadi beli hari tuh. Tu pun kalu rajin. Bila dah dok umah malas nk keluar tapi bila dah keluar malas pulak nk balik. Betul2 borink sungguh dok umah walaupun sebenarnya banyak menda kena buat. Wahhh nak menulis pun kena stop bub x terkeluar idea walaupun sebenarnya melimpah2. huhuhuhu
p/s : awak baca ya??? huhuhuhu

Wednesday, September 15, 2010

Bengang

Eh eh baru sampai dah membebel macam2. Suma serba serbi xkena. Eh tu kereta aku suka hati aku la nk letak apa pun. Bunyi bising ke banyak barang ke tu keta aku. Huh. Hal kubur ayah tu, sape suh pandai2 upah orang buat itu dan ini. Dah tu kita pulak nk pi ulang tengok hasil kerja orng tuh. Awak yang upah awak balik awak tengok sendiri la. Kalu rasa x percaya kt orang, lain kali jangan suruh dah. Huh. Semua yang aku dengar semuanya menyakitkan hati. Rumah ni tetap la sama macam dlu sebab xda sapa nk ubah. Kt depan tu penuh dengan barang sebab mak xnk kosong. Nnt datang kucing muntah la berak la macam2. Balik sekali sekala jangan la kecoh2. Duduk sini lama2 dan cuba faham. Ni tidak. Erkkk sib bek la aku ni muda. Kalu tidak macam kt skolah la jadinya. Aku da rasa hormat lagi. Huh

ada orang baca senyap2

huhuhu ada org baca blog ni dari jauh jew..
terima kasih la bub sudi baca eh..
sebab awak baca ek, saya akan update selalu blog saya ini ;)

Hari Raya 2010

Selamat Hari Raya aIdiLfitri.. maaf zahir dan batin..
Hmm lama sungguh x menulis. Macam2 dah jadi. Nak citer hal yang mana eh. Cerita yang mana ingat lah. Mula dengan maki hamun budak kt FaceBOok. Amboi2 berani budak sorang nih maki hamun aku kat FB. Depan kita kemain lagi pijak semut pun xmati. Huh. Geram giller. Sekolah memang xblh harap nk membela. Cikgu2 lain ada yang mengata balik. Pengetua lagi mengong menyokong bapak budak pulak. HEM langsung xbuat apa2. Sampai mati pun aku xkan maafkan. Boleh blah. Xselamat hidup ko Arif anak Latif. HUh.
Kemudian, dalam bulan posa ni jugak, ada lagi yang nak menulis yag lucah2 tentang aku. Amboi2. Ntah apa menda yang dah merasuk budak2 nih. Hmm tau2. video lucah. Tingin benor eh. Tulis kt tangga bukan tempat aku lalu. Dasar pengecut weh. Blah. Lantak korang la budak2 kampung weh. Aku malas nk layan.
Hmmm pasal diri aku pulak. AKu rasa aku ni semakin teruk. Aku dah lari dari landasan hidup aku. Aku terpesong. Aku nak perbetulkan diri aku sebelum terlambat. Harap2 aku berjaya.
Nk citer hal raya pulak, raya tahun ni macam biasa. Raya pertama ada Yong n BB jer kt umah. Tapi tu pun dah cukup buat rumah ni sesak. Seronok. Pada aku yang penting kakak aku mesti ada. Raya tahun ni mak buat ketupat je. Laksa n rendang kakak aku yang buat. KUih2 lain buat dengan jari telunjuk jer. Raya tahun ni best sebab langsir n sarung kusyen suma tukar. Huhuhu baru terasa cam nk raya. Raya tahun ni best sebab ada lampu lip lap lip lap hahaha raya tahun ni best sebab tahun ke 2 aku bagi duit raya. Raya tahun ni best sebab berjaya buat bBQ walaupun last minute plan.. Macam2 raya tahun ni. Raya pertama aku p umah Pak Mail. Huh best2 makan macam2. Bihun sup, satay, nasi ayam suma sedap2 belaka. Raya ke2 aku merayo2. Hahahah. Raya ke3 kakak aku Kak Ti dan Kak CHik sampai. LAgi best. Makan tengahari beramai2. Malam BBq. Tido sesak2 mklumlah umah kecik. Raya ke 4 kami ke Taiping. Serang umah kak Chik Pulak. Makan tengahari ala berkelah di luar rumah dengan angin bertiup sepoi2 bahasa. Budak2 sibuk dengan basikal roda 3 tuh. Panas2 pun siok je mengayuh. Raya ke5 anto kakak aku balik umah dia. Raya ke 6 a.k.a hari ni dok kt umah jela. Walau camna pun cara kita menyambutnya hari raya tetap best. Tapi ada lagu raya yang sedih2 huhuhu.. xnk citer hal2 sedih kt cinie..

Friday, June 11, 2010

Satu Hari Yang Bosan...

Hari ini hari Jumaat. Hari ini x ke mana2. Hari ini dok di rumah. Jadi hari ini hari bosan. Hari ini bangun lambat seperti biasa tp kira awal jugak sbb ada makcik dkt umah ni mintak tolong anta cucu p klinik setelah teksi yang dijanjikan tak sampai2. Bila dah bangun dia cancel plak sebab teksi tu dah sampai. huhuhu ingt nk sambung tido tp lebih baik aku sambung kerja yang tergendala malam tadi iaitu basuh baju ;p sambil2 basuh baju aku bukak laptop layan lagu sambil2 menyemak kt MukaBuku..
Hari ini aku sembang dengan kawan baik aku @ housemate aku... Hal jodoh kami bicarakan. Lega sikit dapat bercerita dengan orang yang memahami.. kemudian aku terkenang masa aku dok mengabiskan 4 tahun kt tanjong malim tuh.. mcm2 menda berlaku.. pahit manis masam masin. Memang nakal seh dalam diam2. Hahaha seingat aku la aku pernah kim salam sekali je kt sorang mamat nih tapi dia kata housemate dia selalu smpikan salam aku kt dia. Pastu kan aku buat2 salah anta msg kt mamat tuh berkisarkan borang ROS hahaha 23 March 2007 tu la tarikhnya.. Tapi semua tu la sampai hari ni kami masih bersahabat. Kenapa mamat tu yang aku nak kaco? Sebab dia xkawan sgt dengan pmpuan.. asik lepak dengan housemate dia je. Maka aku pilih dia untk jadi salah sorang sahabat aku. Tu yang aku nmpak, hakikat sebenar rasanya betul ;p sEPanjang kt sana, ntah bape kali eh aku kuaq lepak makan dengan dia eh..?? ntah xingat tapi semua aktiviti kami undercover hahaha xleh aa kantoi cuma ada la kawan aku yg tau (sbb aku anggap dia ni karib tp sekarang dah xkarib lagi). Last kami jumpa, masa konvo bulan March 2009. Lepak minum. Hahaha tergesa2 tp xpe la dapat la jumpa seblm membawa haluan masing2. Masa terus berlalu, salah sorang kawan kami ~ housemate dia classmate aku~ nk kawin. aku dapat jmputan tp xdapat nk memenuhi kerana aku da kt kampung makcik aku. aku dah agak, kehadiran aku dinanti2kan oleh dia dan dia hahahah mereka cuba menghubungi aku tp xdapat sebab kt umah lang masa ni xda line maxis huhuhuhu kecewa.. bila aku balik umh, dapat msg miskol hahaha aku kol dorang la sbb aku mmg ingt kt dorg nih... sembang2 la kami.. memang ni sahabat aku.. rindu sungguh nk jumpa dorang nih.. harap2 minggu depan dapat jumpa ko wahai sahabatku ;p

Friday, June 4, 2010

Kenang2

Assalamualaikum. Hari ini hari Jumaat. Hari ini hari terakhir persekolahan penggal pertama. Esok mula la cuti pertengahan tahun. Nama je cuti tapi kerja menimbun2. Mana tak nya, kertas jawapan budak2 nak kena tanda. Walaupun kertas 2 (soalan subjektif) untuk 3 kelas dah settle tapi kena da second check. Maklumlah mula2 check tu penuh emosi, bila 2 3 kali check kot2 lembut hati sikit tambah la markah. Kertas 1 (objektif) ingat nk upah budak je ;p huhuhu kertas 1 dan kertas 2 untuk 5 kelas = 10 set jawapan. Ingat nk mula tengok hari Isnin la.
Esok, plan nak pegi kenduri umah Kak Na. Anak dia bersunat dan khatam Al-Quran. Pas tu xtau nk ke mana. Nak p tengok wayang, xda geng pulak. Kakak Sue balik sekejap je. Xsempat nak berjoka-joka dengan dia. Lusa dan seterusnya dok terperuk kat umah jela. Ada plan nk turun KL. Nak jumpa liza dan aida. Rindu dengan dorang tapi xtau la bila. Reunion KK xdapat nak join. Alasan ntah ler.
Hari ini aku sound sorang dak perempuan pasal buku lagu yang aku rampas. Mana x geramnya, punya la lama dia tau buku tu ada kat aku, hari last ni baru terkedek2 datang jumpa aku. Sebelum ni kemain lagi pas2 pesanan pada budak lain suh aku pulangkan. Pastu siap mintak gelang yang aku rampas tahun lepas. Weh budak ni, xtau ke prinsip barang rampasan xkan dipulangkan, kena lelong adala. Yang mana aku pulangkan tu atas dasar belas kasihan je. Tapi memandangkan aku memang hangin dengan budak sorang nih, maka malas aku nak layan. Pernah satu hari tu, dengan berbekalkan buku lirik lagu nila dorang menyanyi2 kat surau sedangkan orang2 lain tengah solat. Tau la uzur tapi xpayah buat macam tu. Aku nak rampas masa tu, ada halangan sikit.
Budak2 sekolah aku baru je selesai mid year exam. Al-kisah masa jaga budak2 form3 subjek math, memang geram sungguh tengok budak2 nih menjawab. √100 xtau. Ada macam2 jawapan 50 la 20 la. ³√8/27 pun xtau jugak. Hmm pastu aku kena masuk kelas form2 pulak. Tapi xda exam. Dah xtau nk buat apa, aku tanya sifir. Ya ALLAH, sifir 3, 4 pun terkial2 nak membacanya. Agaknya dah xda siti sifir kat Tv eh. Yang ada wonderpets, Rempit la,Upin Ipin la dsb. Camna nak menjawab dengan cepat. Kadang2 bila kenang2 smula zaman aku kanak2 dulu, aku bersyukur sangat ada abang yang begitu tegas, cikgu yang tegas dan berdedikasi. Kalau x kerana mereka2, mungkin aku bukan seperti aku hari ni. Belum boleh dikategorikan sebagai dah berjaya, aku masih berada di pertengahan jalan. Abang aku selalu kata, perjalanan aku masih jauh. Banyak kali perkara yang akan aku tempuh. Tiap2 malam abang kerah baca sifir, buat translation petikan surat khabar English atau mengaji Quran. Tak dapat nk tengok Tv sangat. Kalu nak tengok pun sorok2 jew. Main pun ada masa 5-6 petang jew. Huhuhu tapi suma tu berbaloi ..terima kasih kepada semua

Friday, May 28, 2010

CuTi.. LuV iT

Hari Isnin xda perhimpunan... sebab dah mula peperiksaan pertengahan tahun
Hari Selasa - semua buat ulangkaji jer.. waktu last budak2 form3 susun meja kat dewan. susah betul nk mengendalikan budak2 sekolah menengah. ingatkan bila dah besar pandai guna otak. rupanya lagi teruk. Tapi ayat paling aku suka dengar "Eh budak-budak 3 giga ni xreti nak diam ke macam budak kelas belakang2 pulak". Best :) Budak perasan lawa perasan pandai suma da dalam kelas ini. Mengada-ngada lebih pun kt sini jugak. Selasa dan Rabu duty kt asrama. Selasa malam tu memang menguji betul. Tiba-tiba blackout. Dah la baru-baru ni kecoh aspuri kena ceroboh. Ni blackout, time aku duty, risau betul. Sebelum tu pi makan dengan shima kat Bistro. Makan steamboat dengan air 3 jenis sekali. Hahahaa penuh dengan air jew. Mujur jugak SHima tumpang tido sekali malam tuh. Kalu x, ntah la. Hari Selasa ni jugak da meeting dengan pengetua. AKu blah cepat sebab nk hantar mak g spital.
Hari Rabu - tido asrama lagi. Dinner kat dewan makan jew. Hari Khamis xda pe sangat. Minggu ni rileks je sebab budak2 exam. Last jaga exam 1240. Pastu aku blah. Mak nak kena p spital lagi. Keputusan darah dah keluar. Kolestrol mak tinggi sangat 4.9. Tunggu nak amik kad lama giller, jumpa doktor sekejap jer, tunggu nak amik ubat lagi laaaa lama. Ntah xfaham betul kenapa lambat sangat nak amik ubat2 tuh. Orang bukan beratus pun. Lepas settle suma, bergegas ke Kuala kAngsar. Nak pegi umah Cikgu Ashaari@Ayahanda kesayangan kami semua, ada kenduri. Janji dengan shima dan kak teh. Sampai sna, dah ramai pun cikgu2. Menu2 memang best. Aku mula dengan roti jala 2 gulung dengan kuah ayam. Then bihun goreng. Pastu aku makan menda yang jarang aku makan, nasi himpit dengan kuah kacang bersama rendang ayam. Next menu, berat lagi mee rebus. Then kuih limas sebiji jew. Minum air oren. Sebelum meninggalkan majlis, aiskrim sebagai pencuci mulut dalam keta ;p huhuhuh memang best giller makan2 kt umah cikgu asHaari ;p Malam tu aku singgah asrama, then tido sana ganti tempat ustaz. Saja aku buat budak bengang, bila ustaz kuaq je pagar asrama, aku suh dorang tutup tv, malam xblh stay up. Hahahaha hari ini Hari JUmAAt... hari cuti. Seronok cuti tapi borink woooo. Xtau nk wat pe. Cadang2 nk ke Ipoh, window Shopping and nak makan McD. huhuhu sorang2 pun layan jela janji happy

Friday, May 21, 2010

Hari-hari Yang Tenang

Minggu ini berlalu tanpa sebarang isu yang menggeramkan. Cuma ada beberapa perkara berlaku di asrama yang menimbulkan kemarahan sikit la ;) tak banyak. Kena bertegas sikit. Kalu tak dorang tu main2 je dengan aku. Rabu dan Khamis aku bertugas kat asrama. O0oo ada satu perkara yang buat aku bengang. Ada sorang guard kat sekolah aku tu memang kurang ajar mulut dia. Ramai orang bercakap2 tentang dia yang merupakan bekas pelajar sekolah. Dia maki aku tapi bukan berdepan. Puncanya aku parking kereta kt depan aspura yang merupakan laluan untuk lori sampah. "Cikgu ko ni bodoh ke apa. Belajar je tinggi. Pegi la cakap kt cikgu ko tuh". Tapi sebab minggu ni merupakan minggu yang tenang bagi aku, maka aku tak mengamuk macam orang gila. Kalu ikutkan amarah, memang teruk la mamat tuh. Harus kena buang kerja tuh. Dia ni memang kurang ajar giler. Dia ingat dia sape. Ikutkan hati aku memang akan kena maki tuh. Tapi takpe la. Biar apa orang nak buat pada kita. Biar apa orang nak kata tentang kita. Jangan mudah melenting. Lebih baik berdiam. Hari Khamis dan Jumaat merupakan hari mengantuk buat aku. Hari Khamis tu asik nak tido jew sampai terpaksa melelapkan mata kat kerusi jew huhuhu :) Semalam hari Khamis aku masuk relief kelas 5A1. Mula2 aku buat muka sombong sebab masih ada rasa bengang hal dinding tuh. Tapi lama2 sifat ramah aku pun mula keluar la. Dapat juga bersembang dengan beberapa budak perempuan yang selama ini menganggap aku sebagai cikgu yang garang. Aku dianggap garang sebab pernah marah dia hal nametag. Bagi aku, para pelajar ini tak dapat membezakan antara marah dan teguran daripada seorang guru. Tapi xperlah memang itu pelajar. Harapan aku selepas ini, ada gambaran yang lebih baik mengenai aku pada mereka. Jumaat berlalu dengan indah. Minggu ini minggu yang tenang buat walaupun ada masalah2 kecil di sekolah.
Kehidupan agak berubah sejak mak memulakan rawatan di hospital. Tiap-tiap pagi akan pergi beli sarapan untuk mak. Mak kena makan sarapan sebab mak kena makan ubat setiap pagi. Setiap hari jugak aku bergerak lambat dari rumah sekitar jam 7 pagi. Sejak kebelakangan ni tak pernah sempat untuk join rocall kat asrama. Setiap kali tido di asrama, dalam kul 5 pagi kena bergerak balik ke rumah. Macam nila rutin. Kemudian selang sehari kena bawak mak ke hospital untuk check blood pressure. Harap aku dapat melakukan tugas ini dengan baik sebagaimana mak melakukan perkara yang sama pada aku.

Tuesday, May 18, 2010

Selamat HAri Guru..


Dah 2 hari berlalu tapi terasa macam hari ni sambutannya untuk aku. Hari ni da lagi beberapa pelajar datang nak bagi hadiah kt aku. Da yang menyorok2. Heran jugak. Memang la aku garang tapi xda sampai nk makan orang kan. Nak marah orang tak bertempat tu namanya orang gila. Semalam ada pelajar datang bagi hadiah kepada aku. Terima kasih kepada yang sudi memberi dan menceriakan hati cikgu sarinah yang tidak digemari ramai nih. Macam2 jadi kat aku sejak kebelakangan nih. Mula dengan kes nama diconteng dengan kata2 lucah kat dinding. Kes ini aku tak tau mana puncanya. Maka aku membuat keputusan untuk mengabaikan jew. Semoga ALLAH sahaja yang membalas perbuatan mereka nih. Sebelum tu, aku diserang oleh mak budak yang merupakan salah seorang kakitangan sekolah. Kemudian aku dikaitkan dengan kes membawa keluar pelajar tanpa kebenaran dari sekolah. Heran jugak sedangkan aku ambik budak ni dari rumah. Kenapa perlu surat kebenaran dari ibu bapa dengan letterhead sekolah. AKu bukan buat rombongan ke apa. Cuma membawa 2 orang budak pergi ke Stadium Azlan Shah Ipoh untuk tengok Hoki Piala Sultan Azlan SHah. tapi aku akui ada kesilapan. Sorang budak ni tak sebut nama aku masa dia mintak kebenaran mak dia. Berlaku salah faham yang kecik kat situ dan akhirnya diperbesar2kan pada pihak atasan. Masalahnya sasaran mereka ni adalah budak2 berkenaan. Aku pun xkan tau cerita ni kalu budak2 berkenaan tak citer kat aku. Kalu betul aku bersalah, datang la cakap dengan aku. Tak payanh besar2kan kes dan menghukum budak macam tuh. Pengetua pun ada cakap dengan aku hal ni. Aku dah jelaskan perkara sebenar. Bagi aku hal ini settle. Cuma bagi mereka masih hangat lagi. Selepas serabut dengan hal2 terntah hape2 nih, aku amik cuti rehat sehari untuk menenagkan jiwa dan cuba untuk melakukan perubahan. Ternyata ada kesan bila da budak2 yang meluahkan rasa bahawa aku semakin jauh dari mereka. Maafkan cikgu sebab cikgu terpaksa buat camtu demi kebaikan kamu semua. Sebab kalu apa2 salah, kamu semua yang menanggung akibatnya. Sabtu; hari keluarga sekolah aku memang tak hingin langsung nak pegi. Berehat sepenuh jiwa raga kat rumah bersama mak tersayang. HariAhad aku lebih indah. Macam2 aku buat. Pergi sana pergi sini. Pi taman rekreasi gunung lang. cantik sungguh tempat nih. Kagum aku. Last sekali p tgk hoki. Matlamat hari terakhir nk tangkap gambar dengan Amin dan Abang Lan... yeay dapat hahahaha balik lambat sunggguh. Tido kepenatan. Tak kisah sangat sebab hari isnin tu sambutan hari guru. takda kelas. Aku dok lepak kat makmal dengan Kak teh, Kak Ani dan En. Rafie. Ramai ingat aku xda kt sekolah. Hahaha lebih bahagia dok di atas daripada memandang muka2 yang menyebabkan jiwa aku kacau. Apa2 pun sambutan Hari Guru yang ke3 buat aku ni ada manisnya juga. Bukan semua menyakitkan. Lastly Tq kepada Ona, G-ha, Amirul Ashraf Suhimi, Salma, Yana, Syikin, Ida, Arbaatun dan Sofia sebab masih ingat kepada Cikgu Sarinah nih.

Saturday, May 15, 2010

KT Tunstall - Suddenly I See

Layan...



Lagu yang menjadi hawa telinga aku sekarang..

150510
Sejak kebelakangan ini, aku lebih seronok menekap telinga aku dengan headphone sambil melayan lagu-lagu ;
1- A.P.I suggested by Nn
2- Suddeny i see ; terdengar dalam iklan kt Tv dengan tagline She's a beautiful girl
3- Benarkah kerana Cinta
4- Susun Silang Kata
5- LihAT cARA dIA MEMandangKu
6- Kenangan Terindah
7- Berhenti Berharap...

Well layan lagu lebih baik daripada mendengar cerita-cerita yang menyakitkan telinga

Friday, May 14, 2010

140510

Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ini last day untuk aku bersenang lenang kt sekolah. Sebab lepas ni cikgu praktikal dah nak blah. So daripada 20 waktu akan kembali ke 25 waktu mengajar. Hari ini ada beberapa orang menegur aku nampak ceria dengan baju kurung pink tuh. Huhahaha mana tak ceria, dah berehat sehari. Ada dengar cerita jugak, sibuk beberapa orang bertanya semalam kenapa aku xda. Bagi aku tu bukan kerana mengambil berat tapi nak menyibuk. Tiada lagi yang positif tentang sekolah ini. Pada pandangan aku, semuanya teruk sebagaimana pandangan mereka tentang aku. Hari ini aku sibuk mengedar duit tuisyen kepada cikgu2 berkenaan pagi2 hari lagi. Kemudian aku siapkan buku rekod sambil menekup telinga aku dengan headphone dengan melayan lagu2 favourite aku. Ini lebih baik daripada aku jenguk2 sekeliling yang penuh dengan pelajar yang langsung tidak berdisiplin dan tidak mahu ditegur. Seronok jugak macam ini. Memang huru hara sekolah ini. Tanyalah kepada guru-guru yang datang dari sekolah lain yang baru bertukar ke sekolah ini, semua seolah-olah tidak gembira berada di sini. Ntah la apa jadi kepada sekolah ini dalam masa 5 tahun. Rasanya memang hancur. Siapa boleh menyelamatkan sekolah ini...???? Konco-konco jew... hahahahaha

Thursday, May 13, 2010

13 May 2010

Hari ni hari khamis. tapi aku syok je berada kt umah. huhuhu amik CR. memang aku sangat memerlukan CR nih. Dah lama bertahan. Tapi sebagai manusia biasa ada tahap-tahapnya. Minggu ni bermula dengan cabaran. Nama aku terpampang kt dinding sekolah dengan kata-kata lucah. Suspek utama pelajar perempuan tingkatan 5 kerana itu adalah laluan utama mereka. Apa yang boleh lakukan cat semula jela. Zz dan Sobri yang tolong. Duduk berteleku jap kt tangga tuh. Maklumla aku jarang-jarang sekali guna laluan tuh. Cuba mengenang apa yang aku dah buat kepada mereka. O0oo0o aku ni cikgu yang suka menegur seperti kenapa kain kamu singkat, pakai celak eh, nape namtag kamu kt situ dan sebagainya. Mereka tak puas hati. Tapi pengecut. Buat tindakan macam ni mencaci nama cikgu di tempat cikgu tu xlalu. Motif xnk cikgu tu nampak dengan mata kepala sendiri tapi disampaikan dari mulut ke mulut. Dengan tujuan untuk memalukan sahaja. Pelajar-pelajar sekarang tidak boleh ditegur. Petang isnin, aku ke iPoh dengan Zz dan Megat (Student jugak). Bawak tgk hoki. Aku amik dorang depan mak ayah dengan izin ya. Keesokan harinya, timbul satu isu baru, aku bawak budak tanpa kebenaran dari sekolah. Mangkuk hayun mana laks yang pandai2 buat peraturan kata bawak budak dari rumah kena da kebenaran dari sekolah. Pening aku dengan sekolah ni. Xpernah aku dengar langsung. Agaknya sekolah ini ada peraturan kata cikgu tak boleh lepak dengan budak. Lepas satu kejadian tambah lagi satu. Semalam da orang kata kat aku, Sarinah mulai hari ni xpayah la tegur budak2 lagi. Sarinah masuk kelas mengajar jew. Dah ramai orang xpuas hati dengan sarinah nih". Aku dengar menda ni macam aku ni bakal mati kena pukul kerana menegur kesalahan anak murid jer. O0oo isu tegur menegur ni jadi hangat sebab baru2 ni aku da menegur anak seorang kakitangan sekolah tu. Mak dia xpuas hati terus serang aku. Sekolah yang aku mengajar ni boleh dikenali dengan nama lain iaitu "SEKOLAH SEDARA MARA". Hahahaha aku harap selepas hari ini aku dapat mengubah tujuan aku. Maka sekarang tugas aku hanyalah mengajar di dalam kelas. Pelajar-pelajar harap maaf anda semua tidak dikenali melainkan di dalam kelas saya jer. Harap maklum. SUsah menjadi guru sekarang.

Sunday, February 28, 2010

the last day in Feb 2010

Dah lama giller xmenulis nih. Macam2 menda terjadi dalam 2010 nih. Yang agak lama xnk dikenang. Cuma nk bercerita apa yang berlaku baru2 nih. Betapa manusia mudah untuk menilai seseorang yang tanpa mengenali hati budi. Kepada mereka yang xkenal sarinah sharif ni janganlah terlalu mudah untuk membuat kesimpulan. Aku xla sebodoh atau serendah itu martabat aku sebagai seorang guru. Sedih sangat kerana ada salah tafsiran manusia tu. Kejadian itu memang mengganggu emosi aku untuk seminggu. Sedih sangat. Jatuh air mata aku yang dikenali sebagai seorang guru yang garang di hadapan mereka. Kerana mereka juga aku bertahan. Tapi hari ini aku boleh katakan aku x peduli kata-kata orang2 berkenaan. Penilaian mereka yang salah. Biarkan luncai dan labu-labunya. Menyampah juga aku dengan manusia2 yang sibuk menjaga tepi kain orang nih. Weh apa kata letak cermin depan muka sebelum sibuk2 hal orang. Aku geram giller dengan manusia2 yang menggganggu hidup aku nih. Aku xkacau hal ko. Janganlah nak menyibuk dalam hal aku. Aku ada mak. Aku ada keluarga yang perlu dijaga nama baiknya. Bodoh dan cetek sungguh fikiran kamu semua. Dari mana kamu suma ni datang??? Sekarang ni aku nk buat macam biasa je. Nak tengok sejauh mana tindakan mereka. Tapi aku kesian kalu kesannya pada orang lain laks. Sebelum ni pun yang kena hentam bukan aku, orang lain. Mulut2 manusia yang berhenti bercakap. Geram sungguh.