Wednesday, October 27, 2010

its been a while

Huhuh dah lama giller x menulis.. terlalu banyak menda yang terjadi.. mcam2.. paling teruk terjadi dalam hidup pun ada. Bub tu xnk menulis takut akan tertulis cerita yang hanya boleh disimpan dalam hati jer. Malu nak cerita. Mengaibkan diri sendiri. Sesungguhnya memang tersangat teruk.
Hari ni hari last jaga exam STAM. KAgum tengok pelajar2 nih menjawab soalan dalam Bahasa aRAB. Penat jugak jaga exam nih. Berdiri. Paling teruk ngantuk. Ntah xtau camner cara nk ilangkn. Ni pengalaman pertama jadi pengawas peperiksaan. Mula 18-20 Okt dan 26-27 Okt. Seronok dapat kenal dengan Ustaz Nazri dan Cikgu Sahidi. Cikgu Sahidi ni pernah jumpa dah masa jadi cikgu ganti kt Temenggong tapi x dapat nk sembang2. Budak pun xramai 26orang je kt Maahad AlMizan. Mungkin nnt kena jaga SPM pulak. Huhu lama tuh.
Hmmm keta dah settle. Haha macam banyak duit tp hutang sebenarnya. Hari Isnin baru ni amik cuti p JPJ, tukar nama. Hal bank ni, hari tu bengang giller dengan minah kt MAYbank SS tuh. Mata letak kt lutut gamaknya. Boleh dia buat aku tunggu tercongok kt situ 30min. Huh sib bek angin elok skit la. Xda aku nk ngamuk kt situ.
Hmm xsabar nk tengok perubahan umah. Tapi rasanya x sempat kot sebelum raya haji. Hal umah ni macam2 pendapat aku dengar. Tapi aku buat jela. Tanggung sesorang pn xper. Janji dapat mak rasa dan tgk perubahan kt umah nih. Kalu aku x pinjam duit, tiap2 bulan gaji abis jugak. Lebih baik habis da nampak mendanya dari habuk pun xda.
Sejak kebelakangan nih, aku selalu risau. Aku risau sebab aku da buat salah. Aku dihimpit rasa bersalah. Dan aku akan terus rasa bersalah seumur hidup aku. Sebab aku xmungkin dapat menebus kesalahan aku nih. Rahsia hitam ini buat aku sesak nafas. Xmampu nk berdepan dengan orang sekeliling. Aku malu dengan diri sendiri. Rasa jijik dan benci sangat2. Xdapat nak bercerita dengan sesiapa pun. Ya ALLAH, hanya padaMU tempat aku mengadu dan mohon keampunanMU, hindari aku dari melakukan kesalahan yang sama. YA ALLAH ku mohon.