Sunday, September 27, 2009

Seminggu Beraya..

Assalamualaikum..
Lama dah xmenulis eh. Hari ni 8 Syawal. Hujung minggu raya dan aku dok kt umah jerk dengan mak. Esok dah mula keja. Adeh, berat sungguh selepas seminggu cuti beraya kan. Tambah pulak tensen dengan pengetua yang memaksa aku jadi warden. Siap mengugut lagi nak tukarkan aku ke sekolah lain. Nak citer tentang raya tahun nih. Ina mula bercuti hari Jumaat, 19hb. Mula amik Kak Sue kt Simpang Pulai, then lepak2 kt tempat niaga tuh. Dan hari ni jugak last, keta tersagat kt divider tuh. Hahaha..Then balik umah buka dengan mak. Tak sampai hati nk biarkan mak berbuka sorang2. Pas berbuka, gi Kuala kangsar, amik anak2 kak sue. Then langkah semakin panjang, g Taiping laks. Sajer nk jenguk2 Bazaar Raya kt sana. Adeh teruknya nak berjalan kt sana. Ramai no orang. Sudahnya memang cuci mata sahaja, xda beli apa2 pun. The next day, Saturday- orang2 dok panggil hari memasak- ina dan kak sue pergi market utk shopping barang2 nak memasak. Ina ditugaskan untuk beli santan. Adeh dah agak sebab memang tiap2 tahun macam ni- kena beratur-. Bayangkan betapa lamanya Ina beratur sebab Kak Sue boleh beli suma barang2 yang disenaraikan, sedangkan Ina hanya beli satu jerk iaitu santan 6kg. Hari ni jugak umah dah penuh. Yong dan Mamat dah balik. Seronok jugak meriah tapi riuh sebab banyak mulut yang bersuara. Mak mula masak ketupat palas dan gulai daging. Hari ni jugak jadi driver Kak Sue. Dia da urusan. Then malam turn Kak Sue untuk masak rendang ayam dan kuah laksa. Pastu kami kuaq p buat kuih raya guna magik hujung jari. 22hb @ Sunday, 1 Syawal. Solat raya dan kemudian rumah penuh dengan adik beradik; Abg dan keluarga, Abg Li dan keluarga, Yus dan keluarga.. Seronok betul raya tahun nih. Then p raya umah bos abg dan mentua dia. Then lepak kt umah jerk. Raya kedua, jd driver Kak Sue lagi. Xraya kemana tp dengan urusan dia la.

Tuesday, September 15, 2009

150909

Hmm hari ni ntah la..permulaan yang ok..tapi tadi tiba2 bos masuk ke "corner" aku nih.. nk jumpa org lain..tapi alang2 terjumpa aku.. disampaikan hajat di hati dia.. hahaha jgn salah faham.. nak xnk aku kena tima jugak tugas tuh. bos siap ugut tau kalu xnak tima dia nk transfer aku ke tempat lain yang lebih dekat dgn umah. kalu orang lain mungkin setuju sebab nak dekat dgn umah tapi aku tak. sebab aku baru je berada kt sekolah nih. jiwa aku baru nak bersatu dengan jiwa sekolah ni. rasa kekeluargaan tu sudah berada dalam diri aku. memang berat nk tinggalkan tempat nih kerana menolak tugas tuh. aku bukan sengaja nk menolak tugas tuh. tapi aku memikirkan keadaan mak di rumah. tiap kali melangkah keluar umah nk ke tempat kerja, berkali2 aku pesan dengan mak, kunci pintu. kalu bab masak, guna dapur gas tu, aku bertawakkal kepada Allah agar melindungi bonda tersayang. Hmm setiap yang berlaku dalam hidup kita ni, ada hikmahnya. Dengan menerima tugas ni, insyaAllah ada hikmah, ada kebaikan di sebaliknya.

Wednesday, September 9, 2009

090909

well..look at the number..nice huh ;p hari ni ina xpegi skool sebab kena pergi ke satu tempat yang agak penting aaa. bangun awal...bersiap juga awal. sebelum sahur dah siap pun. tunggu azan subuh dan bila selesai tanggungjawab yang pertama utk hari ni, yong hantar ke SK Tasek @ PKG. Mak pun ikut jugak :) Awal jugak smpai, kul 7 gitu. xtau nak buat apa..nak baca apa pun dah xtau. pusing2 jela kawasan sekolah tuh. Duduk2. Then tiba2 nampak kelibat sorang pmpuan pakai baju kurung wana hijau. Macam kenal wooo.. Sah memang kenal pun. Classmate masa kt UPSI, CT@fauziana. lega skit sebab ada orang yang dikenali. tapi bila dah jumpa geng, xda la membaca lagi. sembang jela. Then dalam 730 masuk la ke PKG tuh. Bagi fail sijil n dokumen2 yang patut. Uis xsangka ina akan jadi orang yang pertama plak. Tapi kali ni interview memang xrasa nervous langsung. Pelik jugak la. Mungkin sebab dah kali ke 3 kot. Dah ada pengalaman. Kali ke 3 untuk tujuan yang berbeza ya ;p Hmm masa melangkah masuk tu pun xingat nk baca apa2 ayat. Teruk2. Mula2 dah terduduk tapi tersedar diri pastu bangun semula la dan tunggu arahan. Introduction mula2 macam sejuk tapi ada suam2 kuku jugak la. Risau la bila ada perkataan "blacklist" tuh. Tapi rasanya xsalah kot apa yang ina buat. Perkembangan interview ok la. Macam2 perkara yang keluar tentang profesionalisme seorg guru, apa itu falsafah, yang mana menjadi pegangan, pentingkah perpaduan, masih ingat ke 9 cabaran wawasan 2020, gagasan 1 malaysia, kaedah pengajaran dan macam2 lagi. Sampai ina sendiri pun xingat. Ada la kantoi xbleh jawab kan. So blh mintak maaf jela. Memang xtau n xbaper nk fokus hal2 terkini sejak berada kt skolah nih. memang lama berada dalam bilik tuh. Tapi x rasa tertekan langsung. Dato' kata dia da pengalaman selama lebih 16thn dari guru sekolah rendah ke sekolah menengah sehingga dia menjadi timbalan. Dia blh tau keikhlasan . Hmm ntahlah tp ada la kata2 seperti "saya menghargai keikhlasan awak" dan "saya ,menghargai awak berterus terang". Ina ada la bertanya soalan kepada dato' sebab dia ada pengalaman. Penutup interview - hmm masa pun dah abis ni... Ok la.. "terima kasih dato'. saya mintak maaf sekiranya da tersalah cakap". Semua nampak mcam ok. Harap akan ok jugak la. Pas ina, kawan ina (CT) lak masuk jadi org ke2. Dia masuk sekejap jerk heheheh ;p dalam 830am kami pun beredar dari situ. ina g lepak umah ct kt taman perpaduan. Sembang2 smbil layan Tv. Dalam 1130 kuaq umah CT n CT anta ina p medan Kidd. Buat 2 pusingan sebab nk tunjuk jalan pulang kepada CT huhuhu maklumlah orang kedah merantau ke ipoh kerana tugas hehehe. Makasih kepada CT sebab sudi anta ek. Tunggu bas dalam kul1 lebih skit bas General pun ada. Malas nk naik bas Reliance tuh sebab bayar tmbg aircond tp apa pun tara..panas ada la. X berbaloi. Dalam bas tersengguk2. xtau la kenapa dalam bulan Ramadhan ni kerap betul tersengguk2. Naik keta dgn uthaya pun mcam tu jugak. Malu dibuatnya. sampai kt muhibbah, yong dah tunggu. Sampai umah, about 230 kot.. mandi n solat then online huhuhuhu layan la YM tu ngan FB ;p hehehe dan terhasilnya coretan ni jugak ;p
p/s: sambil layan lagu

Thursday, September 3, 2009

hi

Its been a while..dah lamer ek xmelawat site nih. huhuhu naper? sebab asik sgt dgn Fb dan Ym. Masa cuti seminggu hari tu memang cuti yang banar2 woo..Sebab xda pa yg aku buat msa cuti, melainkan chatting jer. Ish teruk betul. Bulan Ramadhan bulan yang mana hanya perkara2 tertentu akan terjadi. Contohnya solat terawih. Alhamdulillah aku ada buat dan tertinggal dalam 3 mlm kot setakat hari ni la. Selain daripada itu, hanya dalam bulan Ramadhan jer akan ada bazaar Ramadhan. Macam2 makanan dapat jumpa. Yang menariknya, kat bazaar Ramadhan ni jugak kita akan jumpa masyarakat lain yang bukan beragama Islam. Dorang pun kira menikmati bulan Ramadhan ni la. Dalam bulan Ramadhan ni jugak, banyak umah yang terang benderang seawal jam 4 pagi. Sebab untuk bersahur. Dalam bulan Ramadhan ni paling senang untuk umat Islam mencari pahala sunat. Huhu cakap pasal sahur ni, tingat pengalaman bersahur masa kt Sabah dulu. Ada sekumpulan penduduk akan mengetuk gendang dan menyanyi dengan tujuan nak bangunkan org supaya bersahur. Aku masa ni pergi kt umah kawan di Tawau. Thanks to Odie. Kalu x kerana dia, x merasa la aku pengalaman berpuasa dan beraya kt tempat org. Aku dapat pengalaman ni masa aku matrik kt KK dulu. Seronok juga beraya kt tempat orang. Dapat aku merasa masakan ayam lengkuas, payau (tahukah anda apakah ini?) dan buras (tau x). Memang seronok. Betul la kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman. Walaupun aku duduk kt Sabah tu hanya lah setahun tapi hari ni aku rasa aku berada di sana. Mula2 memang xdapat nk menyesuaikan diri, struggle jugak but then nak seribu daya kan xnk berdalih2. Akhirnya aku survived jugak. Hebat jugak la kalu speaking Sabahan ni. Siap org bleh percaya lak kalu aku kata aku ni orang sabah keturunan Dusun. Tiba2 abis lak idea.
Ha tau dah nk citer per...anak-anak murid zaman sekarang memang berbeza dengan yg dulu2 ek. Mereka xda rasa hormat dengan guru. Bila bercakap dengan meka, rasa mcm cakap dengan tunggul kayu. Xda respon. Kalu tanya soalan berkaitan, mungkin la diam sebab xtau jawapan yg betul. takut kena marah kalu jawab salah. tapi kalu cuma bertanya dan jawapan yang diperlukan hanyala ya atau tidak, xkan la tu pun xleh jawab kan. Hari ni memang geram betul. Ada sorang dak pmpuan, bercakap dengan umpama cakap dengan tunggul kayu. memang kurang ajar. tiada eye contact cuma sepi. bukan sekali dua dah banyak kali.
Hmm kalu ikutkan hati, memang akan abaikan pelajar yang macam ni. Tapi ni la tanggungjawab. Ntah la. Hanya mampu memberi apa yang terdaya. Kalu mereka xnk berubah, pa lagi daya aku.
Hmm, mggu depan nk interview. Untuk pengesahan jawatan guru. nak tukar gred DC ke DG. Naiklah skit gaji nnt. Tapi masalahnya aku memang xbersedia lagi. Borang belum disahkan lagi. Ulangkaji pun xbuat lagi. Risau betul. Tak nak kantoi. Sebab nanti lambat lak sah jawatan xsiok laaa masih memegang jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST). Nak gelaran Guru Penolong tu. huhuhu..selain daripada gaji tula. Bercakap tentang gaji, uuuinaa bulan ni sakit betul. Bayar mcam2 bil dan macam2 bayaran lain..Tinggallah ciput. Harap2 boleh bertahan sampai next gaji la. Ni baru hidup sorang. Belum ada tanggungjawab lain. Uih masalah jugak nak menguruskan kewangan nih.
Rasanya smpi sini dulu la. Ada kelapangan akan ku jenguk laman nih kerana aku berada di laman aku kerana aku boleh buat apa sahaja yang aku nak..huhuhu

Monday, August 31, 2009

...the conversation...

wat is the huge different.. sblm n slepas?

sblum, you still can turn back, slepas, you have to be responsible

feel regret?

nope

is tis wat u really wana do?

im positive

wat u do think is the biggest challge when u r in a r'ship?

understanding between 2 parties sometimes can be difficult

if we manage to overcome that, i can vouch there will be np

the most important in a r;ship?

im thinking something like working together to achieve something

accepting each other weaknesess

discussing



Salam Merdeka ke 52

Pagi yang indah di ulangtahun Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 52. sesungguhnya aku amat bersyukur kerana berada di Malaysia. tiap kali aku nyanyi lagu Negaraku tuh, uinaa memang berderau la darah, semangat. Tapi keadaan Malaysia pun dah berubah. Macam dah kembali ke zaman penjajahan plak. Cuma bezanya dulu berperang menentang musuh dr luar tapi kini kita berperang dengan musuh di dalam selimut. Sekarang kalu nk tegok demonstrasi ke pa ke xpayah jauh2, dalam negara kita sendiri dah ada menda2 macam tuh. Takut biler mengenangkan suma tuh. Apa punca semua tuh? Aku memang jenis xamik port sangat hal2 politik nih jadi ntah la susah mo cakap la. Tapi apa2 pun semua yang terjadi bermula dengan apa yang berada di dalam diri individu. Kalu seorang orang rasa sayang dan cintakan negara ini, insyaALlah, negara Malaysia akan terus aman damai.

U n I

U n I
need each other
U n I
are meant for each other
U n I
have been linked with the red thread of fate
U n I
will share the precious moments together....

"H"

Friday, August 28, 2009

PLEASE LOOK A LITTLE DEEPER

Please don't judge me by my face
By my religion or my race
Please don't laugh at what I wear
Or how I look or do my hair
Please look a little deeper
Very down deep inside
And although you may not see it
I have a lot to hide
Behind my clothes, the secrets lies
Behind my smile, I softly cry
Please look a little deeper
And maybe you will see
The lonely little girl
That lives inside of me
Please listen carefully to her
She'll show that's she insecure
Please try to be friend to her
And show her that you care
Please just get to know her
And maybe you will see
That if you just look a deep enough
You'll find the real me..
-TIFFANY TRUTENKO-

Thursday, August 27, 2009

"THINKING OF U MAKES ME NERVOUS"

Huhu you know who u are...

I met u for the first time 13 years back..nothing special about the meeting..then we met again for the second time at different place..still nothing special..but then after 10 years we met again here..although its quit a distance, but this meeting is meaningful. Never thought something like this can happen in my life. I'm so glad we met again. At first I thought this meeting is just the same as others but then it is different. Dunno how to explain but I can feel it.

Wednesday, August 26, 2009

8.2 seconds needed to fall in love

The time needed for a man to fall in love at first sight is 8.2 seconds, scientists claim. The longer a man's gaze rests on a woman when they meet for the first time, the more interested he is. If it last just four seconds, he may not be all that impressed. But if it breaks the 8.2 second barrier, he could already be in love they say. However the same is not true for women. They let their eyes linger on men for the same length of time whether they find them attractive or not. Hidden cameras were used to secretly track the eye movements of 115 students as they spoke to actors and actresses. They were then asked to rate their conversation partner's attractiveness. The men looked into the eyes of actresses they considered beautiful for an average of 8.2 seconds, but that dropped to 4.5 seconds when gazing at those they rated less attractive, the journal Archives of Sexual Behavior reported. The female students, however, looked at the actors for the same length of time. The researchers believe that men use eye contact to seek out fit and fertile mates. But women are more wary of attracting unwanted attention because of the risks of unwanted pregnancy and single parenthood.

Thinking of u

I miss the old days and simpler times
When we were able to get together
Whenever we wanted to
Or pick up the phone and talk for hours
Or spend entire days
Laughing and sharing and planning our lives
But even though we can't talk as much
Or see each other as often
You are still apart of my forever friend

Call me sometime
Call me when I least expect it
Call me and tell me you're happy
Tell me you're well
Tell me you're working hard and playing hard too
Tell me you're doing great
Just call me sometime
And let me know
You're alive and well and happy..

Tuesday, August 25, 2009

TRUE FRIENDS

Friends..
They are the ones who care
They are the ones who share
The ones who dare to bare pain & sobber together
They are the guys who stand by your side
They are the one who brighten your right
But true friends ara hard to find
Hard to find in this cruel world of mind

True friends..
Where can we find such persons?
How can we build such relations?
Man..there's too many precautions
Just to much complications
Dear friends..
We stick through rough and tough
The days we played from dawn till dusk
Remember what we've shared together
Cherish what we're done what so ever
Friends stick in your heart
True friends never live apart
May love and life finds its way
Breaking up, hey!! No way!!
Just remember that
I'll be here to stay
Praying for joy every single day
Hope the relationship grows, ok
Friend of mine...
Till the day that brings us apart
Hope that I'll always be in your heart
Just pray that we never come apart
Cause we all play our own part
You guys share a special place in my heart
LIVE UP YOUR LIFE
LIVE UP OUR FRIENDSHIP
TRUE FRIENDSHIP NEVER DIES
1225pm
Lecture Hall
During Math lecture

THE SITUATION

Things come, things go
Don't feel down and low
Cause it will touch me so
Hope the situation will end
And let the everlasting silaturrahim LIVE AGAIN
People come, people go
Make you feel sorrow
Choose the right path in your life
Make the best decission and make it right
May your future be splendid and bright
Cause we will stand our ground
And ignore the people around
Don't care what they say
For I'll be there to cry and pray
Let by gone's be by gone's
And so on be so on
And let the everlasting friendship
Live on and may the old you be reborn..

p/s:
Reread when you're down and sorrow
Think of it in everything you do
Remember I'll be there standing by you
You'll always have a shoulder to cry on
No matter dusk or dawn
May success and joy lead us all the way
No matter what happens, I'll be here to stay

by: bee, a concern friend-605pm-23AB

Monday, August 24, 2009

L.O.V.E

L - is for the way you look at me
O - is for only one i see
V - is very very extraordinary
E - is even more than anyone that you adore


i luv tis song...

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979

WONDER WHY

wonder why
wonder why people fall in love
wonder why people are ready to die for someone
wonder why
wonder why
just think about it, there is only grief in love
in love every efforts is never enough
when in love one has to bow one's head
even in pain you have to smile
why fill your own life with poison
without love whats left in life
without love what else there in life
without love the person is lonely
love brings color into your life
love brings beauty into your life
people fall in love but hide it
wonder why they are scared to say it outright
wonder why
wonder why
love is just needless trouble
love is beautiful in every aspect
we are all better off far away from love
every form of love is true
those who take the steps leading down to river of love
neither do they sink nor can they come out of it
wonder why
wonder why
all fall in love
wonder why only you keep avoiding it
wonder why
wonder why

_dil chahta hai_

Sunday, August 23, 2009

....>_<....

When was the last time you felt really happy?
everyday..
When was the last time you made someone happy?
dunno laa…
Is there something in your past that is holding your back?
yes.. very painful
Has your life turned out the way you thought is will?
not really .. wish i can turn back time n change everything so it will turn the way i want it 2b
When you look in the mirror do you like who you see?
yes .. i love myself
If you had your life to live all over, what would you change?
my family ..the way i make desicion
What can you do to become the person you want to be?
work hard … usaha .. doa… insyaAllah .. give full comitment..sincere..do it becoz of ALlah

insan bernama BONDA

Tiba-tiba rasa nk menulis tentang seorang insan yang begitu penting dalam hidup aku ni. Mak aku yang tersayang. Hari ni solat terawih sebelah mak. Mak masih cergas lagi walaupun telah dalam usia 63thn. aku sangat bersyukur kerana mak masih berada bersamaku sehingga hari ni. Mak la idola aku. Mak berjaya mengharungi segala rintangan dlm hidupnya. Mak berusaha untuk membesarkan anak. Mak berusaha untuk memberi pendidikan kepada semua anak. Mak bekerja keras. Siang mlm. Masa mula2 pindah umah dulu, kami menyewa kt belakang umah orang jerk. daif sangat keadaannya. Masa ni mak kerja kt kilang kacang. Mula mak jalan kaki dari rumah. Then mak dapat beli basikal. Dari masa ke masa, dapat dilihat perubahan dlam hidup kami hasil usaha bonda aku yang sangat kental nih. Mak berhenti kerja. Kami pindah ke rumah yang lebih elok. Mak meniaga pisang goreng. Seronok sangat ketika ni. Balik sekolah tolong mak meniaga. Hasil meniaga dpat beli peti ais, mesin basuh dan mcam2 lagi la. Pastu mak kena buatan orang. Tangan mak sakit. Xleh nk pusing pasang dapur gas pun. So kena berhenti la meniaga. Then pindah ke rumah teres lak. Kehidupan dah berubah skit. Mak bekerja kt kilang simen laks. Mak tolong abang dapatkan keja kt kilang simen tuh. Macam2 berlaku. Aku dapat tawaran sekolah kt Negeri Sembilan. Mak sanggup berusaha supaya aku dapat belajar kt sana. Memang berbaloi. Then pindah umah lagi. Kembali ke rumah asal. Seronok walaupun hakikatnya sedih sebab kehilangan ayah. Mak terus berusaha sehingga aku berjaya menghabiskan pengajian. Hari ni mak duk saja di rumah. Tinggal kami berdua. Setia di rumah ni yang penuh dengan kenangan pahit dan manis. Buat bonda tersayang, terima kasih untuk segalanya. Sesungguhnya walaupun xpernah aku lafazkan tetapi sesungguhnya aku amat sayang pada mak dan aku xdapat bayangkan hidup ini tanpa Mak.

hilang...

hari ni mak xabis lagi membincangkan hal duit mak hilang. Rm500 xtau mak tinggal kat maner. Mungkin mak tertinggal kt bank. dengan buku bank tu sekali. aku memang xtau biler mak pegi. mak sekarang dah 63tahun. kadang2 mak lupa. aku pun xdapat nk tolong. nanti dapat gaji bolehla ganti semula. bulan ni teruk skit aaa. banyak bil nak kena bayar. tmnet nih, astro lagi..alamak tiba2 tingat kt ner lak aku letak bil2 tu suma. cari2 xjumpa pun. adeh poning kepala den. cakap pasal hilang ni, aku pun pernah mengalami situasi kritikal nih. aku pernah hilang RM1000. jatuh kt tepi jalan beb. sib baik masa aku kembali ke tempat kejadian, sampul surat tu elok je ada kt tepi jalan tuh. sebab hari tu hari ahad, maka xramai orang lalu lalang. selamat la. bersyukur sangat2. duit tu nk bayar yuran tau. masa aku perasan hilang tu, terus tepon mak, mintak maaf giller2 hahaha siap nangis aaa. kelakar giller bila ingat. tapi memang jadi pengajaran aaa jangan suka menyelit duit kt mana2. huhuhu

its sunday...keep on waiting..

hmm hari ni hari ahad. takda ke mana. dok kt umah. berehat sepenuh hati. citer2 kt tv suma xbest. lagu2 kt radio pun x menyedapkan telinga yang mendengar. lebih baik aku layan menda alah ni. hahaha mula nk bukak menda alah ni xleh lak pasal dah terlupa password daa. terlampau byk menda yang menggunakan password sampai xtau yang mana satu. actually xda apa nk citer kt sini. saja rasa nak menulis. nk membebel sikit aa about waiting. saper rasa dia suka menunggu. bagi aku, memang xsuka menunggu tapi kadang2 ni berbaloi kalu perkara yang ditunggu tu boleh menggembirakan kita.
pengalaman aku paling teruk ialah menunggu seorang sahabat yang kelewatan akibat terlepas komuter. ni masalah pengangkutan awam. so xleh nk melenting kt dia kan. then aku pernah tunggu kakak datang amik aku kt stesen ketapi KL tuh. Yang bikin aku panas sebab aku dah msg half an hour b4 aku sampai. i was expecting they were there by the time i reached. tapi xda. tapi aku pernah juga terpaksa menunggu akibat kesalahan sendiri. macam baru2 ni aku balik dari KL. Usually take time about 3hours but then bus tu memang laju aa and xda traffic kan, so in 2h 30min dah sampai kt medan gopeng tuh. aku cakap kt abg aku dalam 430pm aku sampai. alih kul 330pm aku dah sampai daaa. terpaksalah aku menunggu akibat kesilapan sendiri.
aku juga pernah mengalami pengalaman menunggu yang berbaloi. contohnya time study dulu biasa aaa ada orang yang kita suka kan. huhuhu sanggup menunggu hanya sebab nk tgk kelibat jer hahaha tapi penantian macam ni berbaloi sebab boleh buat kita rasa gembira. hmm sekarang ni pun aku tengah menunggu sesuatu yang memang aku happy aaa dan wat aku tersenyum..apakah sesuatu itu..??? hehehe rahsia aaa segan nk gtau.
banyak perkara yang melibatkan menunggu nih..tunggu gaji masuk minggu depan..tunggu waktu berbuka hari ni..tunggu uthaya untuk pergi ke sekolah..tunggu bas kalu nk ke ipoh ke kl ke..tunggu keretapi..tunggu orang masuk meminang..tunggu apa lagi..uuhhh rasanya banyak betul perkara yang ditunggu kan..sambil2 menunggu tu banyak perkara lain yang kita akan lakukan..macam dok tunggu bas ke ketapi ker, baca aaa majalah ker, buku ker, paper ker xpun layan aa handphone tu kan..tapi ada jugak orang yang suka memerhatikan keadaan sekeliling masa menunggu..seronok tau menikmati ciptaan Tuhan ni..banyak perkara yang kita dapat lihat. terutama sekali karenah manusia.

Saturday, August 22, 2009

extra class

Assalamualaikum..hmm bru sampai umah nih. tadi wat xtra kelas utk dak2 kelas 3intel. kehadiran ok2 jerk..xkisah la. bulan posa ni memang susah pun kan tapi yang buat aku "terharu" + susah hati bila aku tau ada dak aku dtg dr tanah merah naik basikal. jauh tu xpasti bape km tapi memang jauh aaa. maka aku harap kelas yang aku buat tadi membawa makna kepada dia. terima kasih sgt2 aku ucapkan. memandangkan ni bulan ramadhan maka xdala nk bergossip dengan budak2 selepas kelas habis. hahaha. masa kelas td aku dapati budak2 aku ni xleh ingat pun perkara2 yang baru jer disebut beberapa saat yang lalu. perjalanan pulang ke rumah satu cabaran, sebab hujan. aku memang lemah kalu bawak moto dalam cuaca hujan. tapi hujan kt area salak jer biler dah smpi pekan sgsiput xhujan lagi. lega skit sebab boleh laju dan sampai umah cepat. sesampai di rumah, mak tido. tiba2 mak bangun dan tanya ada nampak x buku bank dan ada duit RM5oo dalam tu. dah tentu aku xtau. xtau pun biler masa mak keluarkan duit. aku rasa menda tu ada dalam umah ni cuma mak xingat kt ner mak letak. tapi risau jugak kalu ada org masuk umah mlm tadi msa pergi terawih. sekarang ni byk sgt kes pecah rumah. rumah2 jiran kiri dan kanan serta depan sumanya dah menjadi mangsa. cuma rumah aku jer yang blum kena. mungkin juga xmenjadi sasaran kerana keadaan umah aku yg usang ni kan. dah tentu meka kata xda menda pun dalam umah aku nih hehehe. ok la setakat ni dulu. kot2 kejap lagi ada mood menulis boleh la sambung.

salam ramadhan

hmmm..1 ramadhan..moga ia menjadi satu permulaan yang baik...tiba2 rsa nk berada di dunia blog sebenar. kenapa nk menulis blog nih? sebab dapat melepaskan perasaan dan melegakan. well tis 1st post should be an introduction rite...huhu although xda org yang nk baca suma ni tapi aku wat semua ni untuk kepuasan diri sendiri. nothing else matter. namaku sarinah, panggil je ina. baru je bergelar seorang cikgu. mengajar subjek sains kt sebuah sekolah menengah dalam daerah kuala kangsar nih. orang yang simple. tu jela utk permulaan...