Saturday, October 1, 2011

1 year 10 month 1 week 1 day

Today, after all these time, i lost my temper. and i couldn't stand no more. I assume today its over. No more u and i. I was hoping but u ruined it. I thought u will try to make things better but then u left me with the hopes. How can i trust u? The last hope is crushed. I'm hurt.

Monday, September 26, 2011

Ada yang menghargai... ;)

hari yang membuat ku tersenyum apabila ;
E : Salam.. ini cikgu sarinah ke?
I : Ya saya. Kenapa Ein?
E : Cikgu, saya nk ucap bebyk terima kasih kt cikgu sbb bagi saya konsep sains wak2 f2 dlu.. smpi skrg berguna buat sy. Walau pn sy x baca crtain tajuk dlm fz bru2 ni, sy ttp blh jwb soalan pressure.. jd sy nk ucap bebyk terima kasih kt cikgu. sayaang cikgu haha :)
I : Good 4u dear. Dpt jwb dgn btl ya.. Tahniah
E : 2 lah.. trima kasih ya cikgu. Cikgu mmg membantu saya. Semoga cikgu berjaya dn gembira di dunia dan akhirat ^_^

wawawa terharu gembira :)) wink wink

Monday, September 5, 2011

Untuk Awak : Kalau awak baca

Semalam (7 SyawaL) untuk kali ke berapa kita bertengkar, ntah la. Kalau dikenang-kenang, perkara tu kecik saja. Sebab tu, awak memandang remeh saja perkara tu. Awak boleh buat xkisah. Awak memang penyabar. Saya x seperti awak. Memang banyak betul dugaan sejak kebelakangan ni. Saya mintak maaf sebab selalu melukakan hati awak. 

Wednesday, July 20, 2011

missing my blog

Alhamdulillah. Hari ni cuba buka blog dapat pulak. Lega dapat menulis. Terlalu banyak perkara henadak diperkatakan sehingga tak tau nak mula. Hari ni Kak Sue abis pantang. Mohd Yaris Aidil semakin comel. Huhu sungguh seronok ada budak kecik kat umah ni. Hmm tapi nnt dorang ni balik le ke umhnya. Kembali sunyi la umah ni.
Hmm nk citer hal senamrobik masa hari sukan sekolah. Ingatkan acara ni akan gagal. Tapi tula bila kita beri sepenuh komitmen dalam sesuatu perkara, insyaALLAH akan berjaya. Tidak sia-sia segala usaha dan latihan serta bantuan dan kerjasama para pelajar yang terlibat, persembahan sangat berjaya. Diberi pujian. TAHNIAH !!
Selepas sukan, semua sibuk menumpukan kepada bengkel subjek. 6 jam menghadap pelajar yang sama selama 3 hari berturut-turut. Pelajar sangat2 tidak berdikari hanya mengharapkan semua datang daripada guru.
Esok 20 Julai, data dalam emis boleh diusik. Maka bermula tugas. Kali ni nak buat jugak sikit-sikit. Dah belajar daripada kejadian sebelum. Sebelum keluar ralat yang terlalu banyak, baik dimulakan dari sekarang.
Nanti tulis panjang-panjang pun, tak da isi menarik, tak best jugak. So till next time. Harap-harap tiada masalah lagi nak bukan blog ku ini... ;)

Wednesday, June 22, 2011

Itu Kamu..

Ingin jumpa
Ingin senyum
Ingin marah
Ingin nangis
Ingin sembang
Ingin gelak
Ingin makan
Ingin minum
Ingin nyanyi
Ingin tengok
Ingin tegur
Ingin kongsi
Ingin luah
Ingin tahu
Ingin tanya

Semuanya dengan kamu.. itu lah kamu.. kamu ;)
Harap kamu pun begitu juga ;)

Tuesday, June 21, 2011

Jika Inilah...

Semalam dan hari ini perasaan itu begitu kuat sekali. Itulah tanda rindu. Bukan tiada khabar berita langsung, cuma jarang2. Masing-masing perlu fokus dan komited pada core business. Tak pernah rasa macam ni. Mungkin betul la apa yang dikatakan. Missing the messages, the calls, the voice, the stories, the laugh, the smile, the face ;) so many things to be missed. All about you. Takda sesiapa yang lebih mengetahui dan memahami perasaan ini melainkan ALLAH. Jika dia jodohku, kekalkan perasaan ini. Jika dia bukan jodohku, hilangkan perasaan ini.

Sunday, June 19, 2011

Coretan Petang

Hari ni kemas2 bilik sikit. Nak buang menda2 yang x patut simpan. Tapi bila dah selesai pun masih banyak menda yang tak dibuang. Haiyakk susah betul. Tapi memang menda ni x tengok pun dalam masa 6 bulan. Bukan kata 6 bulan 2 tahun tak tengok2 pun. Tapi rasa sayang sangat. Even kertas conteng yang tercatat mind map sebgi preparation untk exam masa study dlu pun xnk buang. Bila tengok menda tu, terasa ada "good quality" dalam diri yang serba kekurangan. Huhuhu tanda appreciation toward myself la ;) Well sebenarnya nak menulis sesuatu yang dicatat dalam antara buku2 nota tu. Sebab nk kena buang, so nk letak kt cinie la. Bila2 nnt boleh baca kan. Kalu x silap menda ni terbaca dalam satu majalah kolum Dr. Tuah kot. Begini coretannya......

Suka dan sayang 2 perkara yang berbeza. Kita boleh suka semua orang dan tidak boleh menyayangi semua orang. Kita boleh suka orang itu dan kita boleh benci orang itu sekelip mata tapi apabila kita sudah sayang orang itu amat payah untuk kita benci orang itu. Maka sebelum anda menyayangi seseorang, pastikan dia menepati semua ciri yang anda perlukan. Jika tidak ada cukuplah sekadar suka. Jika tersilap menyayangi insan yang salah, anda akan tanggung akibatnya. Anda ingin membencinya tapi kebencian tiada pada anda. Anda ingin pergi jauh darinya, tapi anda semakin dekat padanya. Begitulah tamparan sayang. Keadaan akan jadi lebih parah apabila sayang bertukar menjadi kasih dan lebih parah bila bertukar cinta. Orang yang tenggelam dalam lautan cinta tahu dia dalam kelemasan tapi dia sendiri tak mahu naik ke tebing biarpun seribu tangan dihulurkan sedia untuk menariknya naik. Sukailah semua orang tapi sayangilah hanya seorang. Sebab sayang yang satu itu akan beralih kepada kasih seterusnya cinta. Sayang tidak dapat dilihat dengan mata, ia hanya dapat dibuktikan. Maka ramai yang keliru sebaik sahaja dia mula berasa sayang. Ia satu getaran yang mengusik naluri. Usikan ini memintanya membuktikan sesuatu. Elakkan terlalu sayang sebab ia boleh bertukar kepada terlalu benci.

Sunday, April 24, 2011

Future

Keep thinking the same thing all over again. Would it be as we wanna it to be? How I wish it will turn as we always wanna it to be. Its our dreams. We really want it to come true. We keep talking about it. We keep dreaming about it. As I know, it will not be as easy as he thought. Many obstacles have to be face and get over it. Sometime, I think I'm nut. How can I get involved in such a stupid situation? I supposed get myself away from the complicated situation. Well, as I'm already in, just face it coz NOTHING IS IMPOSSIBLE.

Sedetik Lebih

Ku amat mencintai kamu...
Kerna kau beri erti hidup..
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Serta selamanya....

Rindu Awak


SEMOGA AWAK BAIK-BAIK SAJA ;)

Thursday, March 10, 2011

Hari Yang Kelam

Hari ini hari mengamuk. Tapi x sakan pun. Biasa2 jer. Mula kelas dari awal pagi. Direct 4 masa sampai 1040. Rehat masa budak rehat je, 20 minit. Tu pun bukan sempat ke kantin makan. Pegi amik soalan. Ku tunggu2 cikgu seterusnya xsampai2. Sudahnya aku yang mulakan ujian, aku jugak kutip kertas. Pedulik apa dengan jadual baru tuh. Ko guru kelas dan ko guru subjek budak tgh exam, apa salahnya ko masuk. Kalu xpun, ko carilah cikgu yang patutnya masuk ikut jadual baru tuh. Aku xblh cari dia. Ko yg tengah sembang2 kt bilik guru tu, pegilah cari. Hati aku memang menggelegak la tadi. Perut bukan main lagu keroncong dah. Dah tukar genre lagu yang menjerit2 tuh. Lepas aku kutip kertas, aku terus serbu bilik guru la. Dalam nada terkawal aku lontarkan persoalan "kenapa kak xmasuk kelas". Xpayah tunjuk jadual baru yang xda kena mengena dengan aku la. Xda masa nak layan ko mahupun student yang nak jumpa aku. Perut aku perlu dilayan terlebih dahulu. Sebelum ke kantin, aku luah perasaan di "gua" dulu.
Lepas makan2, da pulak budak kelas datang bagitau, dia hadir sedangkan tadi budak kata dia xhadir. Salah lagi register aku. Bengang betul la.
Kemudian, sibuk menguruskan budak2 yang kena masuk kawad bomba nih. Tiba2 ada gotong royong pulak. Ajak budak pasang langsir kt Bilik Rawatan. Hmm hal bilik rawatan ni, semlm ada pulak orang nak menumpang buat aktiviti kt dalam ni. Dulu masa penuh habuk, xda pulak orang hingin guna. Tahun ni pulak, beria2 budak nk duduk dalam bilik tu. Aku xnk kasi. Pedulik la pe orang nk kata.
Pas serah tugas kt budak, aku masuk kelas. Seronok jugak kadang2 melayan budak2 kelas belakang ni. Kadang2 sakit hati dengan budak2 kelas pandai ni. Belagak je lebih. Kunon pandai. Susun meja untuk ujian pun xblh fikir. Punya la rapat sampai nak lalu pun xblh. Menda ntah.
Hari ni lepak skolah sampai kul6. Rekodkan markah dalam buku rekod. Faks nama peserta kawad kaki bomba perempuan. Telefon bomba tetapkan latihan masa cuti nanti dan sebagainya.

Sebelum bercuti, macam-macam perkara kena selesaikan... Masa cuti nanti, tidak seperti cuti pun. Cuti itu bermakna cuti PnP sahaja. Cikgu tetap kena pegi sekolah ya. Harap maklum. Kepada sesiapa yang rasa tugas seorang cikgu itu mudah dan apala sangat ; silalah cuba menjadi guru untuk sehari ke..seminggu ke..sebulan ke..ataupun setahun.. baru la anda tau cabaran sebenar menjadi seorang guru ;)

Wednesday, March 9, 2011

Perlukah Terasa..??

Hmm hari ini masih ada ujian. Tugas seperti biasa. Cuba menenangkan diri. Tak nak tau apa-apa. Pagi tadi masa jaga ujian kt kelas 2 oracle, ada masalah. Soalan x cukup. Haish camner blh jadi camnie. Salah siapa? Amik masa 8 min untuk menyelesaikan masalah ni. Seterusnya kelas 2 Giga pulak. Masa nak amik soalan Ujian di bilik Peperiksaan, terdengar la satu perkataan yang kurang enak ketika beberapa orang cikgu bercakap2. Tak tau topik apa yang dibincangkan. Tapi kalu difikir jauh2, boleh kata nak terasa la jugak. Walau bagaimanapun, oleh kerana kita tak hujung pangkal, jangan la kita terasa atau amik tau. Buat tak tau jer. Selesai di 2 Giga, langkah panjang ke kantin ler. Perut dah mula merembeskan asid hidroklorik tapi tak da makanan nak dicernakan. Abis la dinding perutku terhakis. Sebab tu rasa kurang enak. Beli nasi separuh dengan ikan goreng dan pucuk paku masak taucu, air teh o ais limau = RM4.20. Hmm puas hati la ;) Makan dalam masa 20minit. Bergegas ke 2Eudora. Siap bawak air limau tuh. Hahahaha kak umi siap sedut sekali. Tayang kt budak. Teruk x?? Kahkahkah.
Dah bis ujian, ada masa 10minit, saje tanya soalan bonus kt budak2 tuh " kalau awak diberi pilihan, berapa orang xnk saya ajar?" ... SOrang pun xangkat. Xtau la kenapa. Takut kot. Siap boleh tanya kalau bukan cikgu, sapa yang ajar?. Well tiada pilihan jawapan lagi. Surprise ler ;)
Seperti tahun pertama, terpaksa membuat pilihan untuk mengajar kelas mana sebab mungkin akan diberi tugas baru sebagai guru data. Masa mengajar hanya 10 waktu. Jadi akan ajar 2 kelas Sains sahaja. Just wait and see what's going to happen next. It's so hard to say no. Maybe i should try. Take it as advantage, make it worthy. Tahun ini banyak sungguh benda2 baru. Untuk kokurikulum, ditukarkan lagi ke Kadet Bomba dan Kelab Gimrama. Diarahkan untuk menguruskan kawad kaki bomba, senamrobik perdana dan juga persembahan untuk hari sukan nanti. Perlu handle seramai 100 orang pelajar tingkatan 1. Melatih mereka. Sungguh mencabar!!!
Lepak di sekolah sampai kul5. Selesai menanda kertas 4 kelas. Tinggal 1 lagi untuk diselesaikan. Masa nak balik, sekali lagi ada incident "perlukah terasa". Sekali lagi ku naik perahu dengan Pak Baham, ku pura-pura x tahu dan x faham :) hahahaaha

Tuesday, March 8, 2011

Congratulation UuUuU

Dear U ...
Congratulation !!!
Good Luck ya...
Take care ;)

Bebanan Tugas

Pagi ni lambat lagi ;) huhu alasan - hujan la. Syok benor tido. Rileks jeer bersiap. Sampai di sekolah, budak dah beratur. Selesai nyanyi pun. Pengumuman pun. Seperti tulis nama, amik register terus ke "gua". Tak ingat apa isu pagi tadi. Huhu pagi-pagi ada kelas jadi kena mulakan ujian. Pastu p makan ler. Kang 4 masa direct. Isi perut dengan kuewtiow sup yang x padan dengan harganya. Minum kopi ais. Sambil sembang2. Then sambung la jaga ujian. Mula 1040 sampai la 1320. Pastu lepak kt tempat biasa. Sembang2. Topik menarik ialah kenangan di sekolah rendah. huhuhu sangat seronok bercerita. Dulu-dulu aktif dalam pancaragam, masuk koir, persembahan hari anugerah, permainan masa hari sukan dan sebagainya. Hari ini ada pelbagai meeting. Hahaha tanduk keluaq. Ponteng. Alasan amik ubat mak. Hehehe memang betul pun. Balik umah terus mula menanda kertas. Memang sakit jiwa tengok jawapan budak-budak nih. Terserah kepada kamu semua. Saya telah menjalankan tugas saya. Selebihnya adalah dari kamu sendiri untuk membuat pilihan samada untuk berjaya atau gagal.

Monday, March 7, 2011

Segalanya hari ini

Minggu ke 10 persekolahan. I hate Monday. Hari ni sengaja berlengah-lengah. Keluaq umah 7.10am. Pegi isi minyak. Aiyakk salah pilih pam pulak. Xper2 xkisah pun. Drive seperti biasa (faham2 jela huhu). Sampai sekolah budak dah beratur. Sign nama lagu Negaraku dan negeri Perak berkumandang. Nampak Tuan Haji KZ terus la tanya kul baper blh kuaq dari sekolah. Jawabnya kul 11. Ok la tu. Pegi ke lab hantar buku rekod dan buku kedatangan murid dan turun ke tempat perhimpunan. Dok sekejap je. Bila sampai turn Mr.AJ berucap, i pun angkat punggung la hahaha isu punggung ni sungguh menakutkan. Pura-pura xtau aper2. Teruk2. Lepak kt atas. Sembang2. Wat keja sikit2. Tadi sedikit terkejut kerana pengumuman tentang latihan umah untuk pertandingan permainan. Asyik2 kena kt Rajawali hari Isnin dan Cenderawasih jugak. Sungguh tidak adil la sebab budak x bersedia. Lagi pulak minggu ni minggu ujian. Pe hal nk ada latihan rumah pulak. Dah la Rabu pun ada koku. Aiyakk pening2. Belum tgk meeting2.
Hari ni x tunggu lama di sekolah. Lepas amik kehadiran budak, nak pegi hantar tapi sebelum tu check dulu. Hmm hampeh budak2 nih, tadi mula kata semua hadir bila check sorang xdatang. Geram betul. Selepas tu terus kuaq ler. Singgah umah dulu. Lepak2 jap. Sembang2 dengan mak. Then dalam 1245 kuaq umah. Perjalanan sangat lancar. Sampai PPD solat. Jumpa rakan2 seperjuangan dulu. Sangat seronok. Taklimat sungguh menarik. Langsung tidak mengantuk. Hahaha sebab msg dengan budak tu ;) siap called sebelum mula. I loike ;) Before Asar, taklimat habis. Minum petang then balik. Sungguh lancar perjalanan. Terima kasih ALLAH. Sampai di rumah dengan selamatnya.
As usual di rumah, on modem, online FB and blogging ;) suddenly ada makcik dtg mintak nk suh ajar tuisyen. Aiyakkk susah betul nak menolak. Terima jela tapi tengok la nnt camner jadinya.
Rite now, sedang melayan Top Chef. Sungguh suka tgk mereka memasak. Rancangan ini telah meningkatkan minat saya kepada masakan ;)

Sunday, March 6, 2011

Kek di Hari Jadi Mak yang ke 65

Kek batik ; kek yang paling senang nak buat
Selalu buat tapi x makan sangat
huhuhu sajer suka2

I'm waiting

So torturing while waiting. I wanna hear a good news not the bad one. I dont know if i really prepared myself for the worst situation. But whatever happen, I know my mom will always be my side and I bet YOU too. The clock is ticking. I wish I can delete their memories. Maybe I think too much. I need to rest.

The Talent

Saya x tau awak pandai melukis
Tapi sekarang saya dah tau
Dan saya sangat suka
Awak pandai melukis

jangan

Jangan pernah sedih
Kerana aku terlalu mencintaimu
Jangan pernah sedih
Kerana aku merasa kehilanganmu
Jangan pernah sedih
Kerana aku tak sanggup melupakan kau
Saat kau meninggalkanku
Dan ingatlah waktu-waktu terbaik yang pernah kita lalui
Maka aku akan bangga kerana aku mengenalimu

Difficult

It's difficult to understand a women
To understand her, you need to spend your lifetime
To understand her, you need to talk with her
But still, it will difficult for you to understand her

Manusia dan Kesilapan

Setiap orang x lepas dari melakukannya
Sama ada kita belajar darinya
Atau kita masih mengulanginya
Kesilapan akan menghantui
Sebagai peringatan
Jangan jadikan ia bebanan
Anggap ia ujian
Teruskan hidup
Teruskan perjuangan

Saturday, March 5, 2011

Janji kepada DIri sendiri

Saya berjanji bahawa kesilapan yang saya lakukan pada 050311 ini tidak akan berulang lagi kerana saya tidak mahu memalukan diri sendiri begitu juga dengan kerjaya ini. Saya akan sentiasa lebih berhati-hati dan menjaga penampilan saya agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

yang benar,
me
050311

Tuesday, March 1, 2011

saya rindu dia...

second to minutes
to hours...
keep looking at the phone
keep asking myself
will be any ringing??
keep hoping..
just wanna hear ur voice
coz it make me smile
* I MISS YOU *

Thursday, February 24, 2011

Tahun 2011

Ni post pertama untuk tahun 2011. Dah lama tak menjenguk. Macam2 jadi. Tapi alhamdulillah selesai jugak akhirnya segala masalah. Syukur sangat kepada Allah. Bulan Januari mula persekolahan. Tiada yang menarik sangat pun, masih seperti dulu. Hahaha harap dapat melakukan perubahan pada diri sendiri. Seperti yang dijangkakan, hangat2 tahi ayam je. Kunon yang jadi vogue gitu. Kadang2 je. Tapi cubaan untuk memakai heel 3inch berjaya. Kaki ni kuat jugak la bertahan. Jalan tetap maintain laju walaupun tinggi kan. Ada jugak dengar "sosek2" tentang perubahan penampilan ni hehehe. Lagi satu harap dapat kurangkan kegarangan tapi yang ini memang payah ler. Budak2 lagi dahsyat tahun ni. Kemudian hal rumah, sudah siap. Sangat gembira. Pelan pun sudah ada. Tapi timbul pulak hal lain. Hal orang2 tua dulu, buat pertukaran xda hitam putih. Nasib baik la pelukis pelan a.k.a Mr. Valen tu sangat prihatin dan dia berjanji untuk cuba menyelesaikannya. Masih ada orang yang dengki. Nak suh kita ngadap dia pulak. Kang bongkar rahsia2 keja dia baru tau. Silap2 datang SPRM. Glamour la kejap kan.
Hmm kena berhenti bub otak penat nak fikir ayat ;p