Sunday, January 29, 2012

Weekend

Hari ini sepatutnya bersenang lenang. Rileks tengok tv ke lepak2 je. Tapi sebab ada tugas terpaksa la bekerja. Kalau nak ikut syarat, memang tak layak untuk jawatan ni sebab tak da kemahiran yang hebat tentang IT. Contohnya situasi sekarang, utiliti 2012 tak boleh nak guna sebab virus menguasai. Jadi laptop kena format. Semalam pergi survey 2 kedai. Charge RM40. Nak bayar tu guna duit sendiri tau. Walaupun orang selalu kata gaji cikgu banyak, tapi adakah anda tau bahawa guru banyak menggunakan gaji berkenaan kegunaan pelajar dan tugas. Esok terpaksa minta tolong jasa baik rakan seperjuangan. Esok terpaksa bertungkus lumus kerana esok due date. Semoga semua yang dirancang akan berjalan lancar esok.

Friday, January 27, 2012

Komunikasi

Komunikasi penting dalam setiap hubungan.
Hubungan kekeluargaan, hubungan rakan sekerja dan macam2 lagi.
Apatah lagi kalau hanya melibatkan 2 individu sahaja dalam perhubungan tersebut.
Komunikasi sehala tidak bagus.
Komunikasi 2 hala lebih berkesan.
Jika anda pendiam dan suka mendengar, sesekali anda kena bercakap.
Orang lain perlu mengetahui isi hati anda terutama sekali orang yang ambil berat tentang anda.
Jika anda terus memendam, anda seolah-olah menafikan kehadiran orang berkenaan dalam hidup anda.
Apa guna perhubungan tersebut, kita tidak berkongsi?
Kongsi segala suka duka, tawa tangis, baik buruk, gembira sakit hati.
Komunikasi membantu kita untuk lebih memahami situasi.
Jadi berkomunikasi la dengan saya :) hehehe

Tuesday, January 24, 2012

Keputusan

Hari ini keputusan telah dibuat. I ingat I membantu U berfikir. Tapi rasanya tak kot. Semoga keputusan yang dibuat hari ini membawa kebaikan kepada semua pihak.

>> Beginikah cara bertanggungjawab ?

Monday, January 23, 2012

2 years and 2 month

Hari ini ntah untuk ke sekian kali, bertekak lagi. Dia tuduh aku kurang respect dia. Bagi dia, kena ada benda (harta) baru orang nampak. Kadang2 bila difikirkan, benar kata orang2 tua. Mungkin takkan ke mana pun. Aku pun dah bersedia for the worst situation. Setahu aku, selama hari ini aku telah cuba sedaya upaya menyokong dia. Takpe la, payah. Malas nak berfikir tentang perkara yang tak pasti dalam hidup ini. Perjalanan hidup masih jauh dan ia perlu diteruskan. Usah dikenang perkara remeh di tepian.

Ada perkara dalam hidup ini, kalau ada, ada la. kalau tak da pun tak kisah aa :) kalau ada asyik menyakitkan hati, buat apa. Single tu takda masalah pun la. Boleh hidup juga la. Lebih baik fokus jaga hati dan perasaan Mak yang bersusah payah menjaga dari kecil lagi.

Mushu dishonor rant




I love MUSHU :)
Dragon, dragon not a lizard.
I don't do the tongue thing :))

its the DRAGON

MUSHU and the CRICKET
"Dishonor on your whole family, dishonor on you, dishonor on your cow.. "

Someone used to call me DRAGON. Don't know why. Maybe because I'm fierce. I get mad like a dragon blows the fire. The name came after our class watched the MULAN movie. Its the Mushu. I love the dragon .

2012 is the DRAGON year for the Chinese Lunar Calendar.

1st Love

Hari ini tiba2 teringat pada seseorang. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup. Kehadiran dia amat bermakna walaupun hanya untuk seketika. Dia membantu saya tika diri amat memerlukan seseorang. Bermula dengan persahabatan, disulami dengan kasih sayang. Namun semua itu tidak bertahan lama. Walaupun diri sudah bersedia, tapi bila tiba saat itu, kesediahan itu tak dapat nak dielakkan. Saya tau sekarang ni dia bahagia bersama isteri dan anak. Dia berjaya mencapai cita-cita. I'm happy for him.
Hahaha tadi terdengar lagu ADELE - Someone like you. Tu yang teringat kot. Well, kenangan indah untuk koleksi hidup. Jangan sekat hidup dengan kenangan. Hidup mesti diteruskan. Memang kata orang cinta pertama itu susah nak dilupakan. Dia memang akan kekal dalam ingatan. Dia sahabat. Dia pernah membantu. Saya tau dia tentunya tak ingat lagi pada saya. Masa dia nak kawin dlu, ada dia jemput. Diri kata kuat, boleh pergi ke majlis yang bertempat di Resort Kuala Kangsar tapi hati kata jangan pergi. Sudahnya memang tak pergi. Takut perasaan tak terkawal, kang menangis pulak kt majlis perkahwinan orang. Mesti orang yang tengok pelik kan. Kalau ikut tips putus cinta, kena buang semua benda yang berkaitan. Tetapi saya masih simpan semua surat2 kami dulu. Huhu mungkin bagi orang lain itu cinta monyet. Tapi bagi diri saya sendiri, dia begitu istimewa untuk dilupakan. Walaupun saya masih bujang lagi, janganlah dikaitkan dengan kehilangan dia. Dia tetap kawan baik saya selamanya.

Sunday, January 22, 2012

Hujung minggu

Tahun 2012 ni, hujung minggu tak terasa sangat. Banyak perkara perlu diselesaikan di rumah. Tentu sekali hal kerja. Memang tidak dapat dielakkan lagi. Hari ini, tolong seorang senior buat kerja online. Kalau orang baik minta tolong, tak sampai hati nak menolak. Tapi tolong setakat apa yang mampu. Sistem online yang dibangunkan oleh pihak tertentu ini tidak memudahkan kerja sebaliknya menambahkan beban. Langsung tiada ciri mesra pengguna. Niat menolong tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa hanya keberkatan daripada ALLAH s.w.t. Semoga dipermudahkan tugas dan hari-hari mendatang berjalan lancar.

Semalam, tengok cerita "Janji Syurga" dengan Mak di Astro Oasis. Serius cakap la memang insaf habis. Sambil tengok tu, memang mengawal perasaan. Mak jugak. Hahaha. Pengajaran untuk kami berdua. Mesti saling memahami dan menjaga perasaan :) Tinggal berdua dengan Mak memang heaven. Terasa bahagia dan bertuah. Walaupun umur hampir mencecah 30, tapi masih terasa seperti anak kecil di mata Mak. Tidak dapat bayangkan, hidup ni tanpa Mak. Mak segala-galanya untuk diri ini di dunia ini. Ya ALLAH, ku mohon beri daku peluang untuk berbakti kepada Mak.

Saturday, January 21, 2012

WELCOME 2012

First post utk tahun 2012. Tahun 2011 pun tak banyak menulis sangat pun. Kenapa? Ntah la. Tahun 2012 tahun yang sangat mencabar. Permulaannya sangat menggerunkan. Tetapi di sebalik setiap kejadian ada hikmah. Mulai saat itu, akan lebih berhati-hati.
Tahun ini tahun pertama mengajar Kimia. Agar gementar tetapi mencuba sedaya upaya. Seolah-olah diri sendiri pun belajar juga. Sebelum masuk kelas buat revision dulu. Persediaan agak rapi jugak la. Walaupun begitu tetap ada kekurangan sebab saya memang terkenal dengan sikap "clumsy". Hehehe kerja sampingan adalah guru data. Penat tetapi tak berdaya nak menolak. Ntah la. Terlalu awal untuk memberi pelbagai alasan. Biarla orang membuat penilaian. Jika rasa tak sesuai, boleh digugurkan. Sekiranya orang percaya, buatlah apa yang mampu. Baru 3 minggu di tahun 2012. Macam2 dah jadi. Terasa lambat masa berlalu. Dugaan datang awal. Terima kasih ALLAH kerana ujian itu mematangkan diri ini. InsyaALLAH.