Saturday, January 21, 2012

WELCOME 2012

First post utk tahun 2012. Tahun 2011 pun tak banyak menulis sangat pun. Kenapa? Ntah la. Tahun 2012 tahun yang sangat mencabar. Permulaannya sangat menggerunkan. Tetapi di sebalik setiap kejadian ada hikmah. Mulai saat itu, akan lebih berhati-hati.
Tahun ini tahun pertama mengajar Kimia. Agar gementar tetapi mencuba sedaya upaya. Seolah-olah diri sendiri pun belajar juga. Sebelum masuk kelas buat revision dulu. Persediaan agak rapi jugak la. Walaupun begitu tetap ada kekurangan sebab saya memang terkenal dengan sikap "clumsy". Hehehe kerja sampingan adalah guru data. Penat tetapi tak berdaya nak menolak. Ntah la. Terlalu awal untuk memberi pelbagai alasan. Biarla orang membuat penilaian. Jika rasa tak sesuai, boleh digugurkan. Sekiranya orang percaya, buatlah apa yang mampu. Baru 3 minggu di tahun 2012. Macam2 dah jadi. Terasa lambat masa berlalu. Dugaan datang awal. Terima kasih ALLAH kerana ujian itu mematangkan diri ini. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment