Tahun 2012 ni, hujung minggu tak terasa sangat. Banyak perkara perlu diselesaikan di rumah. Tentu sekali hal kerja. Memang tidak dapat dielakkan lagi. Hari ini, tolong seorang senior buat kerja online. Kalau orang baik minta tolong, tak sampai hati nak menolak. Tapi tolong setakat apa yang mampu. Sistem online yang dibangunkan oleh pihak tertentu ini tidak memudahkan kerja sebaliknya menambahkan beban. Langsung tiada ciri mesra pengguna. Niat menolong tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa hanya keberkatan daripada ALLAH s.w.t. Semoga dipermudahkan tugas dan hari-hari mendatang berjalan lancar.
Semalam, tengok cerita "Janji Syurga" dengan Mak di Astro Oasis. Serius cakap la memang insaf habis. Sambil tengok tu, memang mengawal perasaan. Mak jugak. Hahaha. Pengajaran untuk kami berdua. Mesti saling memahami dan menjaga perasaan :) Tinggal berdua dengan Mak memang heaven. Terasa bahagia dan bertuah. Walaupun umur hampir mencecah 30, tapi masih terasa seperti anak kecil di mata Mak. Tidak dapat bayangkan, hidup ni tanpa Mak. Mak segala-galanya untuk diri ini di dunia ini. Ya ALLAH, ku mohon beri daku peluang untuk berbakti kepada Mak.
No comments:
Post a Comment