Wednesday, March 9, 2011

Perlukah Terasa..??

Hmm hari ini masih ada ujian. Tugas seperti biasa. Cuba menenangkan diri. Tak nak tau apa-apa. Pagi tadi masa jaga ujian kt kelas 2 oracle, ada masalah. Soalan x cukup. Haish camner blh jadi camnie. Salah siapa? Amik masa 8 min untuk menyelesaikan masalah ni. Seterusnya kelas 2 Giga pulak. Masa nak amik soalan Ujian di bilik Peperiksaan, terdengar la satu perkataan yang kurang enak ketika beberapa orang cikgu bercakap2. Tak tau topik apa yang dibincangkan. Tapi kalu difikir jauh2, boleh kata nak terasa la jugak. Walau bagaimanapun, oleh kerana kita tak hujung pangkal, jangan la kita terasa atau amik tau. Buat tak tau jer. Selesai di 2 Giga, langkah panjang ke kantin ler. Perut dah mula merembeskan asid hidroklorik tapi tak da makanan nak dicernakan. Abis la dinding perutku terhakis. Sebab tu rasa kurang enak. Beli nasi separuh dengan ikan goreng dan pucuk paku masak taucu, air teh o ais limau = RM4.20. Hmm puas hati la ;) Makan dalam masa 20minit. Bergegas ke 2Eudora. Siap bawak air limau tuh. Hahahaha kak umi siap sedut sekali. Tayang kt budak. Teruk x?? Kahkahkah.
Dah bis ujian, ada masa 10minit, saje tanya soalan bonus kt budak2 tuh " kalau awak diberi pilihan, berapa orang xnk saya ajar?" ... SOrang pun xangkat. Xtau la kenapa. Takut kot. Siap boleh tanya kalau bukan cikgu, sapa yang ajar?. Well tiada pilihan jawapan lagi. Surprise ler ;)
Seperti tahun pertama, terpaksa membuat pilihan untuk mengajar kelas mana sebab mungkin akan diberi tugas baru sebagai guru data. Masa mengajar hanya 10 waktu. Jadi akan ajar 2 kelas Sains sahaja. Just wait and see what's going to happen next. It's so hard to say no. Maybe i should try. Take it as advantage, make it worthy. Tahun ini banyak sungguh benda2 baru. Untuk kokurikulum, ditukarkan lagi ke Kadet Bomba dan Kelab Gimrama. Diarahkan untuk menguruskan kawad kaki bomba, senamrobik perdana dan juga persembahan untuk hari sukan nanti. Perlu handle seramai 100 orang pelajar tingkatan 1. Melatih mereka. Sungguh mencabar!!!
Lepak di sekolah sampai kul5. Selesai menanda kertas 4 kelas. Tinggal 1 lagi untuk diselesaikan. Masa nak balik, sekali lagi ada incident "perlukah terasa". Sekali lagi ku naik perahu dengan Pak Baham, ku pura-pura x tahu dan x faham :) hahahaaha

No comments:

Post a Comment