Thursday, March 10, 2011

Hari Yang Kelam

Hari ini hari mengamuk. Tapi x sakan pun. Biasa2 jer. Mula kelas dari awal pagi. Direct 4 masa sampai 1040. Rehat masa budak rehat je, 20 minit. Tu pun bukan sempat ke kantin makan. Pegi amik soalan. Ku tunggu2 cikgu seterusnya xsampai2. Sudahnya aku yang mulakan ujian, aku jugak kutip kertas. Pedulik apa dengan jadual baru tuh. Ko guru kelas dan ko guru subjek budak tgh exam, apa salahnya ko masuk. Kalu xpun, ko carilah cikgu yang patutnya masuk ikut jadual baru tuh. Aku xblh cari dia. Ko yg tengah sembang2 kt bilik guru tu, pegilah cari. Hati aku memang menggelegak la tadi. Perut bukan main lagu keroncong dah. Dah tukar genre lagu yang menjerit2 tuh. Lepas aku kutip kertas, aku terus serbu bilik guru la. Dalam nada terkawal aku lontarkan persoalan "kenapa kak xmasuk kelas". Xpayah tunjuk jadual baru yang xda kena mengena dengan aku la. Xda masa nak layan ko mahupun student yang nak jumpa aku. Perut aku perlu dilayan terlebih dahulu. Sebelum ke kantin, aku luah perasaan di "gua" dulu.
Lepas makan2, da pulak budak kelas datang bagitau, dia hadir sedangkan tadi budak kata dia xhadir. Salah lagi register aku. Bengang betul la.
Kemudian, sibuk menguruskan budak2 yang kena masuk kawad bomba nih. Tiba2 ada gotong royong pulak. Ajak budak pasang langsir kt Bilik Rawatan. Hmm hal bilik rawatan ni, semlm ada pulak orang nak menumpang buat aktiviti kt dalam ni. Dulu masa penuh habuk, xda pulak orang hingin guna. Tahun ni pulak, beria2 budak nk duduk dalam bilik tu. Aku xnk kasi. Pedulik la pe orang nk kata.
Pas serah tugas kt budak, aku masuk kelas. Seronok jugak kadang2 melayan budak2 kelas belakang ni. Kadang2 sakit hati dengan budak2 kelas pandai ni. Belagak je lebih. Kunon pandai. Susun meja untuk ujian pun xblh fikir. Punya la rapat sampai nak lalu pun xblh. Menda ntah.
Hari ni lepak skolah sampai kul6. Rekodkan markah dalam buku rekod. Faks nama peserta kawad kaki bomba perempuan. Telefon bomba tetapkan latihan masa cuti nanti dan sebagainya.

Sebelum bercuti, macam-macam perkara kena selesaikan... Masa cuti nanti, tidak seperti cuti pun. Cuti itu bermakna cuti PnP sahaja. Cikgu tetap kena pegi sekolah ya. Harap maklum. Kepada sesiapa yang rasa tugas seorang cikgu itu mudah dan apala sangat ; silalah cuba menjadi guru untuk sehari ke..seminggu ke..sebulan ke..ataupun setahun.. baru la anda tau cabaran sebenar menjadi seorang guru ;)

No comments:

Post a Comment