Tuesday, February 12, 2013

Apa yang dicari...

Salam.
Dah sekian lama meninggalkan blog ni. kalau update ke tak, ada ke yg kisah ? hehehe. Hari ni hmm bukan hari ni je, selalu jugak berfikir tentang perkara ni. Apa sebenarnya yang dicari dalam hidup ni? Rutin harian, bangun pagi, solat, pergi kerja. Thumb print then pegi breakfast. Then mula buat kerja2 data. Bila tiba masa utk masuk kelas, masuk kelas mengajar la sepenuh jiwa raga. Habis waktu kerja, balik rumah rehat. Cuti duduk rumah kalau takda gangguan. Kalau ada gangguan, langkah kaki mmg panjang lalalala merayap dari satu mall ke satu mall lain. Sebab tu dah bosan kot ronda-ronda ipoh dgn taiping ni. Kalau rajin macam awal2 tahun tu, laju je ke KL dgn ETS tu. Skrg malas sikit sejak jatuh sakit tu. Hmm sebenarnya memang tau bahawa matlamat hidup kita di dunia ni adalah sebagai persediaan untuk hari akhirat. Nama pun manusia, memang akan lalai. Berdoa agar diri ini agar berubah. Amin :)

No comments:

Post a Comment