Sunday, August 23, 2009

insan bernama BONDA

Tiba-tiba rasa nk menulis tentang seorang insan yang begitu penting dalam hidup aku ni. Mak aku yang tersayang. Hari ni solat terawih sebelah mak. Mak masih cergas lagi walaupun telah dalam usia 63thn. aku sangat bersyukur kerana mak masih berada bersamaku sehingga hari ni. Mak la idola aku. Mak berjaya mengharungi segala rintangan dlm hidupnya. Mak berusaha untuk membesarkan anak. Mak berusaha untuk memberi pendidikan kepada semua anak. Mak bekerja keras. Siang mlm. Masa mula2 pindah umah dulu, kami menyewa kt belakang umah orang jerk. daif sangat keadaannya. Masa ni mak kerja kt kilang kacang. Mula mak jalan kaki dari rumah. Then mak dapat beli basikal. Dari masa ke masa, dapat dilihat perubahan dlam hidup kami hasil usaha bonda aku yang sangat kental nih. Mak berhenti kerja. Kami pindah ke rumah yang lebih elok. Mak meniaga pisang goreng. Seronok sangat ketika ni. Balik sekolah tolong mak meniaga. Hasil meniaga dpat beli peti ais, mesin basuh dan mcam2 lagi la. Pastu mak kena buatan orang. Tangan mak sakit. Xleh nk pusing pasang dapur gas pun. So kena berhenti la meniaga. Then pindah ke rumah teres lak. Kehidupan dah berubah skit. Mak bekerja kt kilang simen laks. Mak tolong abang dapatkan keja kt kilang simen tuh. Macam2 berlaku. Aku dapat tawaran sekolah kt Negeri Sembilan. Mak sanggup berusaha supaya aku dapat belajar kt sana. Memang berbaloi. Then pindah umah lagi. Kembali ke rumah asal. Seronok walaupun hakikatnya sedih sebab kehilangan ayah. Mak terus berusaha sehingga aku berjaya menghabiskan pengajian. Hari ni mak duk saja di rumah. Tinggal kami berdua. Setia di rumah ni yang penuh dengan kenangan pahit dan manis. Buat bonda tersayang, terima kasih untuk segalanya. Sesungguhnya walaupun xpernah aku lafazkan tetapi sesungguhnya aku amat sayang pada mak dan aku xdapat bayangkan hidup ini tanpa Mak.

No comments:

Post a Comment